Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suka Hatinya Celcom Menawarkan Pelbagai Alternatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Akses Percuma?

Jom Cuba 5 Pelekat Animasi Terbaru WhatsApp Dan Lihat Kod QR WhatsApp Anda

Diterbitkan Julai 9, 2020 ยท Dikemas kini Julai 9, 2020 oleh ariff bukhari

Pengguna kini boleh memuat turun pelekat animasi terbaru di aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini telah dilaporkan WhatsApp akan mula menyokong ciri hantaran sticker (pelekat) animasi.

Jadi bermula dengan versi kemas kini terbaru untuk peranti Android dan iOS yang mula dilepaskan secara berperingkat, pengguna sudah boleh mencuba sendiri ciri pelekat animasi tersebut.

WhatsApp Image 2020-07-09 at 07.19.53

Sebagai permulaan, sebanyak 5 tema pelekat animasi tersedia ditawarkan dalam WhatsApp iaitu Rico’s Sweet Life, Bright Days, Playful Piyomaru, Chummy Chum Chums dan Moody Foodies yang dapat digunakan mengikut ‘mood‘ anda.

Selain itu, ciri sokongan kod QR juga sudah boleh digunakan bagi tujuan menambah kenalan terus menerusi aplikasi WhatsApp.

WhatsApp Image 2020-07-09 at 07.26.59

Bagi melihat kod QR WhatsApp anda sendiri pula dan berkongsikannya dengan kenalan lain, anda boleh mengaksesnya menerusi Settings WhatsApp.

WhatsApp Image 2020-07-09 at 07.29.03

Jadi, bagi menggunakan ciri-ciri baru WhatsApp ini, sila pastikan anda mengemas kini aplikasi tersebut anda kepada versi terkini.

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY