5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi

WhatsApp dikhabarkan sedang membangunkan beberapa ciri baru menarik yang dijangka akan ditawarkan kepada lebih daripada 2 bilion penggunanya di seluruh dunia.

Secara khususnya, terdapat 5 ciri baru yang akan hadir pada tahun ini.

1. Sokongan pelbagai peranti


Ketika ini, pengguna hanya dapat menggunakan aplikasi WhatsApp pada satu telefon pintar sahaja menerusi satu akaun.

Tetapi pada masa akan datang, pengguna akan dapat menggunakan WhatsApp pada semua peranti pintar yang mereka ada hanya dengan menggunakan satu akaun tersebut.

2. Kod QR


WhatsApp memang sudah sedia dilengkapi dengan ciri kod QR. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pengesahan log masuk ke dalam akaun WhatsApp web sahaja.

Tetapi tidak lama lagi, pengguna juga boleh menambah orang hubungan baru dengan hanya mengimbas Kod QR sahaja. Jadi nanti tak perlulah lagi pengguna memasukkan orang hubungan yang secara manual.

3. Mesej hapus sendiri


Sama sepertimana WhatsApp Stories atau Status, ciri mesej hapus sendiri ini turut akan diterima pengguna WhatsApp tidak lama lagi.

Tetapi kelebihan bagi ciri mesej baru di WhatsApp ini adalah pengguna akan boleh menetapkan sendiri masa bagi satu-satu mesej itu terhapus dengan sendirinya.

4. Pelayar dalam aplikasi


Pengguna WhatsApp akan boleh terus membuka dan melayari laman sesawang dari pautan yang diterima mereka terus dari dalam aplikasi WhatsApp.

Bermakna, jika anda klik pada pautan itu, ia tidak akan membawa anda ke pelayar sesawang. Sebaliknya boleh saja terus melayari pautan tersebut terus dari WhatsApp.

5. Kali terakhir dilihat


Buat masa ini, WhatsApp hanya membenarkan penggunanya kongsikan status 'kali terakhir dilihat' dengan orang hubungan, kesemuanya atau tidak pada sesiapa.



Tetapi pada masa akan datang, pengguna akan boleh memilih secara khsusus status 'kali terakhir dilihat' bersama dengan orang hubungan yang dipilih mereka.

Sumber: India Express