WhatsApp Kini Hadkan Mesej 'Forward' Tular Kepada Hanya Seorang Pengguna Sahaja

Jika sebelum ini mesej yang dimajukan kepada orang lain adalah tersangat mudah. Ini adalah kenapa WhatsApp meletakkan label 'Forwarded Message' kepada mesej yang dimajukan bererti ia bukannya datang dari pengguna tersebut. Terkini, pihak WhatsApp mengetatkan lagi jumlah mesej yang boleh dimajukan kepada orang lain.

Jadi selepas ini, jika WhatsApp mendapati sesuatu mesej itu tular kerana sudah dimajukan kepada ramai orang, pengguna seterusnya hanya boleh memajukan mesej tersebut kepada seorang pengguna lain sahaja. Sudah tentu tindakan ini dilakukan untuk mengurangkan kadar merebak mesej-mesej yang adakalanya tidak bermanfaat, menimbulkan kekeliruan ataupun panik yang palsu.

Ditambah lagi dengan apa yang terjadi pada waktu ini (Covid-19), ia adalah sangat-sangat membantu kerana sebelum ini mesej sangat mudah dimajukan kepada orang ramai. Namun begitu, kami berharap agar WhatsApp meniru fungsi Telegram yang menjejak balik mesej tular ke pengguna asal. Ia lebih meningkatkan tahap integriti pengguna itu sendiri dan lebih mudah untuk mencari siapa yang bertanggung jawab terhadap penyebaran sesuatu maklumat itu.

Sumber: TheNextWeb