Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Tambah Ciri ‘Download Manager’ Dan Penstriman Langsung

Megafon – Bukan WhatsApp Tapi Telegram Kini Paling Popular Di Russia

Diterbitkan Mac 22, 2022 oleh ariff bukhari

Salah satu operator dari 4 penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Russia, Megafon mendakwa aplikasi Telegram kini menjadi platfom permesejan paling popular di Russia.

Ia berdasarkan kepada analisis trafik internet di peranti mudah alih yang menunjukkan Telegram kini menguasai sebanyak 63%  pasaran aplikasi permesejan di Russia setakat bulan Mac ini.

Penggunaan Telegram menunjukkan peningkatan di mana sebelum ini dalam bulan Februari lalu hanya pada tahap 48% sahaja.

WhatsApp pula didapati telah jatuh penguasaannya daripada 48% kepada 32% bagi tempoh yang sama.

Menurut Megafon lagi, pengguna Telegram juga menggunakan data yang lebih banyak iaitu secara purata mereka menggunakan sebanyak 101 MB data sehari.

Sementara pengguna WhatsApp pula hanya menggunakan sebanyak 26 MB sahaja sehari.

Telegram dibangunkan oleh adik beradik warga Russia bernama Pavel Durov dan Nikolai. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2013 dahulu, Telegram kini dianggarkan memiliki lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Reuters, Forbes

Baca juga:

  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Anda Patut Aktifkan Ciri Keselamatan WhatsApp Ini Untuk Lebih Privasi
  • Dakwaan WhatsApp Sebagai Platfom Yang Sangat Privasi Tidaklah Seperti Apa Yang Disangkakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY