Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Dapatkan Kembali Akaun WhatsApp Jika Dicuri Atau Telefon Hilang

WhatsApp Buat Pusingan U Pada Pengguna Yang Tidak Bersetuju Dengan Polisi Privasi Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Jun 4, 2021 oleh ariff bukhari

Pada awal Mei lalu, WhatsApp menegaskan bahawa mereka akan menghadkan ciri-ciri WhatsApp terhadap para pengguna aplikasi mereka yang tidak bersetuju dengan terma dan polisi privasi baru WhatsApp.

Sebagai memperingatkan anda kembali, polisi privasi WhatsApp itu adalah bagi membenarkan Facebook mengutip data peribadi pengguna WhatsApp untuk dikongsikan bersama platfom sosial Facebook.

Tetapi menerusi kemas kini di laman bantuan mereka, WhatsApp menyatakan bahawa mereka tidak akan memadam atau menghadkan ciri-ciri akaun WhatsApp penggunanya walaupun tidak bersetuju dengan polisi privasi baru itu selepas 15 Mei 2021.

“No one will have their accounts deleted or lose functionality of WhatsApp on May 15th because of this update.” WhatsApp.

Kenyataan itu sekaligus berbeza dengan nada mereka sebelum ini yang memaklumkan bahawa pengguna WhatsApp yang tidak bersetuju dengan polisi privasi baru itu secara berperingkat akan kehilangan ciri-ciri utama WhatsApp serta sehingga akan dipadam akaun mereka.

Baca juga: Apa Akan Terjadi Jika Anda Tidak Bersetuju Dengan Polisi Privasi Baru WhatsApp Selepas 15 Mei Ini?

Malah mereka juga tidak lagi akan menghantar notifikasi peringatan kepada penggunanya dengan kerap supaya menerima polisi tersebut.

WhatsApp menjelaskan, tindakan ini diambil selepas mereka dapati ramai pengguna WhatsApp telah menerima polisi privasi baru itu.

“Considering the majority of users who have seen the update have accepted, we’ll continue to display a notification in WhatsApp providing more information about the update and reminding those who haven’t had a chance to do so to review and accept. We currently have no plans for these reminders to become persistent and to limit the functionality of the app.” WhatsApp.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY