Seperti semua sedia maklum, Facebook telah menyatakan bahawa penggunanya perlu terima dan bersetuju dengan polisi privasi baru yang dikenakan ke atas aplikasi WhatsApp bermula 15 Mei 2021.
Ia bagi membolehkan pengguna WhatsApp terus menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa.
Tetapi bagaimana pula jika anda pengguna WhatsApp tidak bersetuju terima polisi privasi baru tersebut?
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang apakah polisi baru itu, ia adalah berkaitan dengan polisi bagi membenarkan Facebook mengutip data peribadi pengguna WhatsApp untuk dikongsikan bersama platfom sosial Facebook.
Jadi, adakah anda akan bersetuju dan menerima polisi privasi baru tersebut?
Walaupun WhatsApp tidak memaksa penggunanya untuk menerima polisi baru itu, tetapi WhatsApp akan melakukan sedikit perubahan ke atas akses akaun penggunnyaa apabila mereka hendak menggunakan aplikasi tersebut sedikit demi sedikit.
Akaun pengguna WhatsApp tidak akan dipadam, tapi…
WhatsApp menyatakan bahawa mereka tidak akan memadam akaun penggunanya ataupun kehilangan fungsi-fungsi yang sedia ada pada aplikasi tersebut bermula 15 Mei 2021.
Pengguna masih boleh terus menggunakan aplikasi tersebut tanpa menerima dan bersetuju dengan polisi baru itu.
Walaubagaimanapun, penggunany akan terus melihat tetingkap peringatan supaya mereka terima dan bersetuju polisi baru yang dikenakan untuk tempoh beberapa minggu seterusnya.
“After a period of several weeks, the reminder people receive will eventually become persistent.” WhatsApp
Kemudian, pengguna akan dihalang pula akses ke atas senarai sembang atau beberapa fungsi WhatsApp yang lain sedikit demi sedikit.
Ini akan terus berlaku selagi pengguna tidak bersetuju dengan polisi tersebut.
Namun, pengguna WhatsApp yang tidak terima dan bersetuju dengan polisi itu masih boleh menerima dan membalas mese jserta terima panggilan audio dan video dalam tempoh tersebut.
Akan tetapi, jika pengguna masih tidak juga terima dan bersetuju dengan polisi WhatsApp baru itu untuk tempoh beberapa minggu selepas peringatan diberikan, pengguna akan tidak lagi boleh mengakses sepenuhnya aplikasi WhatsApp mereka.
Ia termasuklah melihat notifikasi serta terima panggilan masuk melalui aplikasi WhatsApp.
WhatsApp tidak menyatakan tempoh penggunanya tidak boleh mengakses akaun WhatsApp mereka.
Tetapi secara teknikal, WhatsApp menyatakan mereka tidak akan memadam akaun pengguna yang dikunci (tidak aktif) dari mengakses aplikasi tersebut.
Namun begitu, selepas tempoh 120 hari, akaun pengguna WhatsApp yang “tidak aktif” akan ditandakan sebagai sudah dipadam.
“Keep in mind that separately, our existing policy related to inactive users will apply.” WhatsApp
Ini bermakna, akaun yang dikunci secara automatik akan menjadi “tidak aktif” menyebabkan segala kandungan mesej WhatsApp anda telah dipadam sepenuhnya selepas 120 hari.
Akaun yang telah padam itu tidak boleh diperoleh semula.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
Pilihan pertama adalah anda terima polisi privasi WhatsApp itu. Jadi anda boleh menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa.
Pilihan kedua pula, jika anda masih tidak mahu terima dan bersetuju dengan polisi baru WhatsApp itu, anda bolehlah memadam akaun WhatsApp itu.
Tetapi adakah anda sanggup mengucapkan selamat tinggal pada akaun WhatsApp anda?
Sumber: WhatsApp