Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Bangunkan Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan

WhatsApp Bangunkan Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan

Diterbitkan Februari 13, 2019 · Dikemas kini Februari 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pernahkah anda mengalami situasi dimana nombor telefon anda ditambah masuk kedalam grup perbualan WhatsAp, tetapi tanpa kebenaran anda terlebih dahulu?

Perkara itu mungkin tidak akan menjadi masalah pada masa depan kerana Whatsapp, dilapor akan menyertakan ciri Sistem Jemputan Kumpulan pada aplikasi mereka.

Melaluinya, anda boleh memilih sama ada untuk menerima atau menolak jemputan masuk kedalam grup perbualan tersebut.

Dibahagian tetapan, terdapat tiga opsyen yang boleh anda pilih iaitu…

  • Everyone – Sesiapa sahaja boleh tambah masuk anda kedalam grup. Tiada jemputan diterima.
  • My Contacts – Hanya kenalan boleh tambah anda pada bila-bila masa. Selain daripada kenalan, jemputan ke dalam grup akan diberikan.
  • Nobody – Kenalan atau pengguna lain tidak boleh tambah masuk anda ke dalam grup. Hanya jemputan akan diberikan kepada anda.
WhatsApp Bangunkan Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan
Imej: WABetaInfo

Apabila jemputan dibuat, paparan perbualan baru akan muncul disertai dengan dua butang Accept dan Decline.

Jemputan masuk kedalam kumpulan itu perlu disahkan dalam tempoh 72 jam. Selepas tempoh itu, anda tidak boleh masuk kedalam grup perbualan itu dan perlu menunggu jemputan baru.

Ciri ini masih belum ditawarkan kepada umum dan perlu menjalani ujian beta terlebih dahulu.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY