Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Ciri Baharu Yang WhatsApp Patut Ada

Posted on Mei 6, 2021

Walaupun WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang popular, ia masih lagi kekurangan banyak fungsi berguna dan tidak setanding pesaing terdekatnya, iaitu Telegram.

Tambah lagi, sejak kebelakangan ini juga mereka sudah mula menambah beberapa ciri baharu kepada pengguna bagi memastikan agar penggunannya terus kekal bersama WhatsApp.

Oleh itu, ini adalah beberapa ciri baharu yang WhatsApp patut ada.

Gambar Kualiti Tinggi

Perkara ini tidak lagi perlu diperbualkan kerana pengguna mereka sendiri sudah akur yang mana kualiti gambar yang telah dihantar di WhatsApp amatlah teruk.

Kata WhatsApp, mereka berbuat demikian adalah disebabkan untuk menjimatkan ruang storan yang diambil aplikasi mereka.Ā Ia sangat berbeza dengan Telegram dimana ia menggunakan storan awan (cloud storage).

Sepatutnya, WhatsApp perlu memberikan pilihan seperti di Telegram, iaitu memuat naik gambar sahaja dengan kualiti yang tidak dikurangkan terlalu banyak atau memuat naik sebagai dokumen (bagi pengguna iOS).

Status Online

Ini adalah fungsi yang mungkin diimpikan ramai kerana kadangkala pengguna mahu menghantar mesej dengan sesorang tanpa diketahui orang lain.

CONCEPT BY @WABetaInfo #6

In this concept we have the possibility to hide our online status to contacts that cannot see our Last Seen (it depends by our Last Seen Privacy Settings).
The online status will appear when we start typing or recording in that chat. šŸ’š pic.twitter.com/JuT0Itajoo

— WABetaInfo (@WABetaInfo) April 24, 2020

Tetapan Privasi Ditingkatkan

Tolak tepi tentang kontroversi antara pengguna dengan WhatsApp, ini adalah soal privasi anda sendiri.

Seperti yang dikatakan, WhatsApp menghimpunkan pengguna dengan keluarga, rakan mahupun tempat kerja.

Jadi, fungsiĀ Last Seen patut mempunyai pilihan Nobody ExceptĀ dimana buat masa sekarang, fungsi tersebut akan dimatikan secara menyeluruh. Bermakna, jika pengguna mengaktifkannya, seluruh kenalan WhatsApp tidak dapat melihatĀ Last SeenĀ anda.

CONCEPT BY @WABetaInfo #1

In this concept, the Last Seen Privacy Settings has the new "Nobody Except" option, so you can select contacts that can see your last seen! šŸ’š pic.twitter.com/tHZ3cvNjc6

— WABetaInfo (@WABetaInfo) April 24, 2020

Carian Mesej Dengan Tarikh

Menurut Wabetainfo, fungsi ini sudah dalam fasa pembangunan sejak 3 hingga 4 tahun yang lalu. Namun sehingga kini ia masih lagi tidak kelihatan.

Sekiranya WhatsApp menampilkan ciri tersebut, pasti carian mesej selepas ini jauh lebih mudah.

Maklumat Media

Pengguna Android tidak mempunyai sebarang masalah jika mahu mengetahui maklumat seperti saiz media yang dihantar di WhatsApp.Ā Akan tetapi, pengguna iOS perkara ini amatlah mustahil.

Concept: I've announced that WhatsApp is working to improve "Storage Usage", implementing new tools to manage your chats and media.

I think it would be useful to add "Size on disk", "Image/Video size" and other media details in "Message Info".
Do you like the idea? šŸ’” pic.twitter.com/K5LxwCPUfF

— WABetaInfo (@WABetaInfo) September 15, 2020

Tab Perbualan (Chat)

Di Telegram, kita boleh membuatĀ FolderĀ baharu bagi mengumpulkan kumpulan perbualan atauĀ channel.

Oleh itu, sekiranya WhatsApp menawarkan fungsi yang seakan itu, ia lebih memudahkan pengguna dan turut kelihatan lebih kemas.

Buat pengetahuan, semua ini hanyalah konsep yang dicadangkan oleh Wabetainfo.

Namun, pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan semua ciri yang disenaraikan?

Sumber: WaBetainfo

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress