Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan

Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan

Diterbitkan September 19, 2018 ยท Dikemas kini September 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Dua tahun lepas merupakan tahun yang sukar bagi Samsung selepas terpalit dengan isu bateri meletup melibatkan model Galaxy Note 7.

Lanjutan daripada itu, syarikat telah meningkatkan lagi pembangunan bateri mereka disamping melakukan ujian kualiti bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. CEO syarikat juga memberi jaminan bateri didalam Galaxy Note 9 lebih selamat berbanding dahulu dan pengguna tidak perlu risau lagi.

Namun begitu, beberapa hari lepas, seorang wanita dari New York telah menyaman Samsung dan mendakwa peranti miliknya, Galaxy Note 9 telah meletup didalam beg tangan beliau.

Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan

Menurut wanita tersebut, Diane Chung, dia mula perasan telefon pintarnya itu menjadi sangat panas dan beliau berhenti menggunakannya lalu diletakkan didalam beg tangan.

Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan

Tidak lama selepas itu, beliau terdengar bunyi mendesir dan terlihat asap keluar daripada beg tangannya. Tangan beliau tercedera ketika mahu mengeluarkan peranti itu dari dalam beg tangan.Wanita Saman Samsung Selepas Galaxy Note 9 Miliknya Didakwa Meletup Dalam Beg Tangan

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, jurucakap Samsung menjelaskan kepada The Sun, mereka tahu tentang kejadian tersebut dan menyatakan ia adalah kes terpencil. Kenyataan turut menyebut Samsung mengambil serius keselamatan pengguna dan yakin dengan kualiti jutaan unit Galaxy yang dipasarkan. Dalam kenyataan itu juga, mereka juga memberitahu tidak menerima sebarang laporan lain mengenai bateri Galaxy Note 9 meletup dan sedang menyiasat insiden yang berlaku kepada Diane Chung.

Sumber: The Sun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY