Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

‘Wallpaper’ Windows 10 Ikonik Ini Bukan Janaan Komputer, Tapi Dibuat Dari 3 Bahan Sebenar

Diterbitkan Mei 31, 2024 ยท Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Pastinya ramai yang menyangka bahawa imej ikonik di atas yang digunakan sebagai wallpaper (hiasan latar) utama bagi sistem operasi Windows 10 dibuat hasil janaan komputer.

Tetapi sebenarnya, imej itu dihasilkan dari bahan sebenar dengan menggunakan cermin, laser dan mesin asap. Pereka yang bertanggungjawab menghasil imej itu adalah bernama Bradley G. Munkowitz atau juga dikenali sebagai GMUNK.

GMUNK menggunakan cermin fizikal, laser dan mesin asap – serta binaan tingkap kaca yang direka khusus untuk mencipta imej hiasan latar Windows 10 itu.

bts windows 10 wallpaper

Daripada beribu-ribu imej yang diambil, menampilkan pilih atur daripada penapis warna yang berbeza, bentuk pancaran cahaya, corak, saiz dan jumlah asap yang berubah-ubah.

Tetapi pada akhirnya, hanya terdapat satu imej hiasan latar Windows 10 dipilih.

GMUNK telah mendokumentasikan proses pengeluaran imej wallpaper Windows 10 itu dan menyediakan banyak imej lain yang menampilkan konfigurasi warna dan cahaya yang berbeza.

Anda boleh lihat video belakang tabir di bawah bagaimana beliau hasilkan imej ikonik itu yang dihasilkan sebelum Windows 10 dilancarkan pada Julai 2015 dahulu.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Akaun Steam Tidak Boleh Diwarisi Oleh Pengguna Lain Selepas Anda Meninggal Dunia
  • YouTube Jawab Dakwaan 'Adblocker' Penyebab Video Langkau Ke Hujung

Rujukan: PC Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY