Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x60 pro+

vivo X60 Pro+ Akan Dilancarkan Pada 21 Januari 2021

Diterbitkan Januari 15, 2021 · Dikemas kini Januari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Pada akhir Disember tahun lalu, vivo telah melancarkan siri telefon andalan mereka iaitu vivo X60. Pada acara itu, 2 model yang diumumkan adalah vivo X60 dan juga vivo X60 Pro. 

Terkini, vivo menerusi laman Weibo secara rasmi telah mengesahkan satu lagi model dalam siri vivo X60 akan dilancarkan pada 21 Januari depan. Dinamakan sebagai vivo X60 Pro+, ia merupakan peranti paling berkuasa dalam siri tersebut.

pelancaran vivo X60 Pro+

Selain tarikh dan masa, tiada perincian lanjut mengenainya yang didedahkan buat masa ini. Bagaimanapun, spekulasi yang bertiup kencang menyatakan peranti ini mungkin hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.

Bagi mengesahkan jika benar atau tidak, serta penawaran spesifikasi yang akan dimuatkan pada X60 Pro+, nantikan pelancaran pada 7.30 malam, 21 Januari 2021.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY