vivo semalam sudah melancarkan model baharu iaitu vivo V27 pada harga bermula RM1,799.
Ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 dengan RAM 8GB atau 12GB bersama storan 256GB.
Bateri di dalamnya sebesar 4600mAh dengan sokongan pengecasan 66W.
Untuk sistem operasi, FunTouchOS 13 berasaskan Android 13 menjadi tunjang utama.
Seperti biasa, fokus siri V ialah fotografi untuk penggunaan biasa dengan ciri unik.
Ia tampi dengan skrin AMOLED 6.78 inci (FHD+). Di bahagian belakang, 3 kamera ialah 50MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.
Menariknya, ia didatangkan dengan Aura Light System iaitu flashlight di belakang dan untuk warna Emerald Green, kemampuan bertukar warna.
Kamera swafoto juga 50MP.
Tidak lupa ialah sokongan 5G.
Mudah kata, tumpuan vivo untuk model ini ialah Aura Light System, kamera dan ciri tukar warna pada Emerald Green.
Empat warna tersedia ialah Noble Black, Flowing Gold, Magic Blue, Emerald Green.
Spesifikasi lanjut ada di laman web vivo.
{suggest}