Vivo V7 Tampil Untuk Pasaran Tempatan Penghujung November Ini

September yang lepas Vivo Malaysia telah memperkenalkan peranti V7+ untuk pasaran dalam negara dan kini mereka sedang bersiap sedia memperlihatkan model V7 pula.



Jika dilihat pada imej iklan acah diatas, V7 mungkin memfokuskan fungsi selfie sama seperti V7+ iaitu kamera hadapan berlensa 24MP. Difahamkan, selain lensa kamera yang sama dengan model Plus, ia turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 450 serta saiz storan dalaman sebesar 64GB.

Saiz skrin pula adalah berukuran 5.5 inci dengan resolusi 720p sedikit berbeza dengan V7+ yang menggunakan skrin 5.99 inci dan nisbah paparan 18:9. Penawaran dalam pasaran tempatan dijangkan berlangsung pada hujung November ini.