Peranti ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 disamping sistem memori RAM 12GB dan 256GB ruang simpanan. Meningkatkan lagi prestasi APEX 2019, ia akan hadir dengan pembantu maya, Jovi AI Assistant bersama-sama ciri pintar yang lain.
Disebut sebagai peranti masa hadapan, Vivo menyerapkan sokongan 5G bersama-sama teknologi lain seperti AI, IoT, AR serta VR.
APEX 2019 tampil dengan skrin paparan penuh yang dipanggil Curved-Surface Waterdrop Glass tanpa bezel. Ia membuang beberapa ciri dan butang fizikal seperti speaker yang digantikan dengan teknologi Body SoundCasting, dan juga penggunaan teknologi Touch Sense.
Bagi pengecasan bateri dan pemindahan data, MagPort berasaskan magnetik ditawarkan untuk menggantikan port USB biasa.
Hampir keseluruhan skrin diliputi dengan sensor yang mana membenarkan pengguna mengimbas cap jari dari mana-mana bahagian skrin.
Selain itu, ciri keselamatan dapat dipertingkatkan dengan sensor dalam paparan yang lebih besar. Contohnya, apabila pengguna menyalakan skrin dan sentuh pada ikon aplikasi, ia akan mengimbas cap jari dan dalam masa yang sama mengakses terus kepada aplikasi. Ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan efisien.
APEX 2019 akan muncul pada acara MWC 2019 yang bakal berlangsung di Barcelona Februari nanti.
Berkaitan
- Bursa Malaysia Lancar Bursa Academy, Platform Pembelajaran Dalam Talian Untuk Pelabur
- Apple Dikatakan Bakal Hadir Dengan Tiga iPhone 2019, Salah Satunya Mempunyai 3 Kamera Belakang
- #MWC2019 - Nokia Lancarkan Telefon Pintar Dilengkapi Dengan 5 Kamera
- 10 Peranti Berprestasi Terbaik Bagi Bulan Mac 2019 Oleh Antutu
- POCO M3 Pro Dilancarkan Di Malaysia Malam Ini
- Semua Pengangkutan Awam Bakal Laksana Touch 'n Go Secara Menyeluruh Pada 2019
- Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai
- OPPO F5 6GB Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Dijual Pada Harga RM1698
- Samsung Malaysia Terbangkan Galaxy S10 Ke Ruang Angkasa
- Samsung Galaxy Z Flip Kini Ditawarkan Di Malaysia