Vivo Nex Edisi Dwi Paparan Sudah Dilancarkan

Setelah beberapa siri khabar angin, Vivo semalam sudahpun melancarkan model baru dalam siri Nex, Vivo Nex Edisi Dwi Paparan.

Jika model Nex yang pertama tampil dengan rekaan kamera yang boleh disembunyikan, generasi seterusnya mempertaruhkan rekaan dwi panel paparan untuk bahagian depan dan belakang.

Antara spesifikasi yang melengkapi peranti ini adalah;

  • Skrin depan AMOLED 6.39 inci (1080 x 2340)

  • Skrin belakang AMOLED 5.49 inci (1920 x 1080)

  • Cip pemprosesan Snapdragon 845

  • RAM 10GB/ 128GB Storan

  • Tiada slot untuk kad MikroSD

  • Tiga kamera utama (12MP + 2MP + 3D TOF)

  • Bateri 3500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10V/2.25A

  • FuntouchOS 4.5


Selain menjanjikan imbasan wajah untuk sistem nyahkunci yang lebih canggih, penggunaan sensor kamera 3D TOF (Time of Flight) juga dikatakan mampu menawarkan ciri-ciri menarik untuk rakaman foto.



Bahagian belakang terdapat kemasan berbentuk bulatan, Lunar Ring,  yang akan menyala untuk menunjukkan notifikasi serta bagi pencahayaan rakaman selfie.



Paparan belakangnya juga boleh dijadikan pad sesentuh ketika menjalankan aplikasi permainan. Harga pasaran di China adalah 4998 Yuan atau sekitar RM3032 mengikut tukaran mawatang asing semasa. Penawaran untuk pasaran global masih belum didedahkan lagi.