Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo HQ

Laporan IDC: vivo Pengeluar Ke- 5 Terbesar Di Dunia Bagi Suku Pertama 2020

Diterbitkan Mei 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini, vivo telah disenaraikan oleh IDC sebagai pengeluar kelima terbesar untuk pasaran global bagi suku pertama tahun 2020.

IMG 3

Walaupun pasaran telefon pintar menerima impak lanjutan daripada pandemik Covid-19, vivo masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai lima pengeluar teratas dalam pasaran dunia.

IMG 1

Bagi suku awal ini, vivo meraih 9% pegangan pasaran, peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tempoh tahun sama tahun lalu. Selain itu, bagi pertumbuhan tahun-ke-tahun, syarikat ini memperoleh 7% sekaligus menjadikannya sebagai pertumbuhan tahunan tertinggi diantara lima pengeluar teratas.

Lonjakan angka-angka tersebut adalah ekoran kejayaan vivo di India melalui siri bajet dan pertengahan iaitu model dalam siri Y dan S.

IMG 2Selain itu, laporan Canalys turut memperlihatkan pertumbuhan tahunan vivo meningkat 3% bagi jualan tahun-ke-tahun.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY