Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-10-20 at 8.28.49 PM

Vivo Rasmikan Dua Telefon Baru, Harga Dari RM1499

Diterbitkan Oktober 20, 2020 oleh Helmi Samsuri

Beberapa minggu yang lepas, vivo dengan jayanya telah melancarkan model baharu iaitu vivo V20 SE untuk pasaran Malaysia. Kini bakal menemani peranti tersebut, dua buah model tampil diperkenalkan.

vivo V20 Pro (RM1899)

Penghujung nama sudah cukup memberi gambaran bahawa model ini hadir dengan spesifikasi tertinggi bagi siri kali ini.

Bahagian paparan dipasang dengan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.44 inci. Ia mempunyai takuk kecil diisi dengan dua kamera hadapan, 44MP serta 8MP untuk rakaman sudut lebar.

Screenshot 2020-10-20 at 8.30.58 PM
Moonlight Sonata

Modul petak yang terletak pada bucu kiri atas pula menghimpunkan kamera utama 64MP, 8MP multi fungsi (sudut lebar, bokeh dan makro) serta 2MP mono.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 765G dipadankan bersama memori RAM 8GB serta 128GB storan. Ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan pengecasan pantas FlashCharge 33W.

Midnight Jazz dan Moonlight Sonata merupakan dua warna yang ditawarkan bagi model ini.

vivo V20 (RM1499)

Model kedua berkongsi sejumlah besar spesifikasi dengan versi Pro. Antaranya seperti bateri 4000mAh, FlashCharge 33W, RAM 8GB, storan 128GB, dan konfigurasi tiga kamera belakang.

Screenshot 2020-10-20 at 8.30.30 PM
Sunset Melody

Rakaman sebelah hadapan hanya menggunakan sensor tunggal 44MP yang berada pada takuk. Saiz skrin juga sama iaitu 6.44 inci dari jenis AMOLED dengan resolusi FHD+.

Perbezaan utama adalah pada cip pemprosesan dimana vivo V20 datang dengan Snapdragon 720G. Seperti versi Pro, ia mempunyai warna Midnight Jazz dan satu lagi pilihan warna iaitu Sunset Melody.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY