Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Z5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Tiga Kamera Serta Bateri 4500mAh

Vivo Z5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Tiga Kamera Serta Bateri 4500mAh

Diterbitkan Ogos 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menghadirkan Vivo Z5X terlebih dahulu pada Mei lalu, Vivo kini tampil memperkenalkan sebuah lagi model dalam siri sama dikenali sebagai Vivo V5. Model kali ini diberi penambahbaikan dari segi sistem kamera dan cip pemprosesan yang lebih baik lagi.

Melengkapi peranti adalah skrin paparan 6.38 inci dari jenis Super AMOLED dengan resolusi 1080 x 2340 piksel yang turut disertakan sensor imbasan cap jari pada paparan. Cip pemprosesan Snapdragon 712 digunapakai yang mana ia akan ditemani RAM 6GB/8GB serta memori simpanan antara 64GB/128GB/256GB.

Vivo Z5 Diperkenalkan Dengan Snapdragon 712, Tiga Kamera Serta Bateri 4500mAh

Bagi tugasan rakaman foto bahagian belakang, sebanyak tiga lensa ditawarkan dengan 48MP (f/1.8) ditugaskan sebagai lensa utama, 8MP (f/2.0) sudut lebar serta 2MP untuk membantu rakaman potret. Disebelah hadapan pula menggunapakai lensa 32MP yang ditempatkan pada takuk kecil skrin paparan.

Peranti ini menyokong pengecasan pantas 22.5W untuk mengisi bateri 4500mAh dan menariknya, ia turut diberikan keupayaan pengecasan berbalik tanpa wayar. Vivo Z5 akan menjalankan sistem Funtouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Vivo Z5
Holographic Illusion
Vivo Z5.
Bamboo Night Forest
gsmarena_001 (2)
Aurora Illusion

Harga jualan peranti untuk pasaran China adalah seperti berikut:

  • 6GB+64GB =1598 yuan (~RM960)
  • 6GB+128GB = 1898 yuan (~RM1140)
  • 6GB+256GB = 1998 yuan (~RM1200)
  • 8GB+128GB =2298 yuan (~RM1380)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY