Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS VivoBook

ASUS Lancar VivoBook S14 Dan S15, Rekaan Nipis Dengan Warna Menarik

Diterbitkan September 18, 2019 · Dikemas kini September 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Penawaran ASUS dalam segmen komputer riba sebelum ini sedia menyajikan model-model yang bukan sahaja menampilkan rekaan beserta warna-warna menarik malah turut diiringi bersama komponen terbaik didalamnya.

Sesuai dimiliki pengguna  yang menjalani gaya hidup aktif terutama sekali golongan muda, ASUS VivoBook S14 dan S15 dibawa masuk secara rasmi pada hari ini. Kedua-duanya memiliki pilihan warna meriah seperti Moss Green, Punk Pink, Cobalt Blue, Transparent Silver dan Gun Metal.

ASUS Lancar VivoBook S14 Dan S15, Rekaan Nipis Dengan Warna Menarik

Memproses dari dalam bagi kedua-dua peranti adalah pilihan antara cip Intel i7 atau i5 tetapi S15 akan dipasang dengan GPU NVIDIA MX250 dan S14 pula bersama Intel UHD Graphics 620. Sistem memori pula, VivoBook S14 dibekalkan dengan RAM 8GB/16GB (LPDDR3) sementara VivoBook 15 dengan RAM 8GB/12GB/16GB (DDR4).

VivoBook S14_S431_Product photo_2G_Gun Metal_ 02_ Backlit
VivoBook S14_S431_Product photo_Colors_02
VivoBook S15_S531_Product photo_Colors_01
ASUS Lancar VivoBook S14 Dan S15, Rekaan Nipis Dengan Warna Menarik

Kapasiti storan menawarkan ruang simpanan sehingga 1TB PCIe SSD yang mana model S14 dilengkapi dengan memori Intel Optane bagi akses penggunaan lebih pantas.

ASUS VivoBook S14 dan S15 menyediakan port sambungan 1x USB 3.1 Type C, 1x USB 3.1 Type A, 2x USB 2.0, 1x HDMI, 1x bicu audio dan 1x slot kad MikroSD.

Bahagian paparan VivoBook S14 menampilkan paparan NanoEdge 14 inci, manakala VivoBook 15 dengan paparan 15.6 inci dimana masing-masing memberikan nisbah skrin-ke-badan 86% dan 88%.

ASUS menjanjikan pengecasan sehingga 60% boleh dibuat dalam tempoh 49 minit bagi mengecas bateri 47Wh untuk kedua-dua model. Antara ciri lain yang boleh didapati pada komputer-komputer riba terbaru ini adalah sokongan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0.

Memperagakan kemasan menarik dituruti rekaan ErgoLift, panel paparan boleh digerakkan mengikut keselesaan anda ketika menaip.

ASUS VivoBook 14 akan dijual pada harga RM3899 manakala ASUS VivoBook S15 ditawarkan pada harga RM3199.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY