Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM298 Untuk Setiap Pembelian vivo Y35

vivo Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM298 Untuk Setiap Pembelian vivo Y35

Diterbitkan Ogos 18, 2022 · Dikemas kini Ogos 18, 2022 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, vivo telah mengumumkan kehadiran vivo Y35 sebagai ahli baharu bagi jenama itu. Kini, dengan tanda harga RM1,099, vivo Y35 sudah tersedia untuk pasaran tempatan.

vivo Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM298 Untuk Setiap Pembelian vivo Y35

Bagi setiap pembelian vivo Y35, jenama telefon pintar itu turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk bag silang (RM99) dan jaminan tambahan selama setahun (RM199).

Berkaitan

  • Berdutakan Iman Troye, vivo Y35 Hadir Dengan Snapdragon 680, Storan 256GB Untuk RM1,099

Mengimbas spesifikasi, vivo Y35 dimuatkan panel LCD bersaiz 6.58 inci dengan kadar segar 90Hz dan resolusi FHD+. Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 680 bersama gandingan 8GB + 8GB RAM dengan teknologi Extended RAM 3.0 dan 256GB storan dalaman.

Bagi menghidupkan peranti, bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W dimuatkan pada vivo Y35. Terdapat tetapan tiga lensa utama dengan 50MP utama, 2MP bokeh dan 2MP makro serta 16MP bagi lensa swafoto.

Ditawarkan pada harga RM1,099, vivo Y35 boleh didapati melalui Lazada atau Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY