Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo tws neo

vivo Turut Melancarkan TWS Neo – Fon Telinga Bluetooth 5.2 Dengan Mod Latensi Rendah

Diterbitkan Jun 2, 2020 · Dikemas kini Jun 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Bersama-sama dengan peranti siri X50, vivo juga turut melancarkan fon telinga terbaharu mereka, TWS Neo. Antara tarikan menarik mengenai fon telinga ini adalah ia menggunakan teknologi Bluetooth 5.2 yang baru sahaja diumumkan Januari 2020 lalu.

tws neo
tws neo
tws neo
tws neo

Dengan Bluetooth 5.2, fon telinga mampu menyambung lebih kepada 1 peranti sekali gus dan juga mempunyai latensi yang lebih rendah. Menurut vivo, latensi pada fon telingat ini adalah sekitar 88ms. Antara lainnya, ia mempunyai teknologi aptX Adaptive yang mempunyai kualiti audio setanding dengan CD.

Fon telinga ini mempunyai pemacu sebesar 14.2mm dan dilengkapi IP54. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 27 jam dengan penggunaan pod pengecasnya. Jika hanya menggunakan fon telinga sahaja, ketahanan baterinya boleh mencapai sekitar 6 jam.

Fungsi lain adalah seperti pembatalan hingar ketika panggilan dan juga kawalan sentuh untuk memanggil Google Assistant. Di China, fon telinga TWS Neo ini dijual berharga CNY 500 (~RM301).

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY