Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X Fold2_4

vivo Turut Lancar X Fold2, Dikuasakan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan April 21, 2023 · Dikemas kini April 21, 2023 oleh Amalina Athman

Bersama pelancaran X Flip, vivo turut melancarkan satu lagi peranti boleh lipat, iaitu X Fold2 untuk pasaran China.

Berkaitan

  • Sertai Kempen “Go vivo Go Raya” Dan Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM70,000
  • Dapatkan Siri vivo X90 Dengan Diskaun Hingga RM500
  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik

Spesifikasi

vivo X Fold2_5

Mengenai spesifikasinya, X Fold2 dilengkapi skrin utama bersaiz 8.03-inci dengan resolusi 2,160 x 1,080 piksel. Manakala skrin di luar mempunyai saiz 6.53-inci beresolusi 2,520 x 1,080 piksel. Kedua-duanya dilengkapi paparan AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, HDR10+, maksimum kecerahan sehingga 1,800nits, integrasi pengimbas cap jari ultrasonik 3D serta paparan berlubang di luar dan dalam yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2, vivo X Fold2 merupakan telefon boleh lipat pertama yang dikuasakan cip pemproses tersebut. Ia digandingkan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan sehingga 512GB storan dalaman yang berasaskan UFS 4.0.

vivo X Fold2_6

Beralih ke bahagian kamera, X Fold2 mempunyai tetapan tiga lensa, terdiri daripada 50MP utama dengan sensor IMX866V, sokongan OIS+Zeiss T*, 12MP ultra-lebar dan 12MP potret yang turut menawarkan zum digital sehingga 20x.

vivo X Fold2 diisi bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan 120W. Sama seperti X Flip, peranti ini turut menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

vivo X Fold2_1
vivo X Fold2_3
vivo X Fold2_2

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Red, Blue dan String Shadow Black. Buat masa ini, vivo X Fold2 hanya tersedia untuk pasaran China, dan setiap varian bermula dengan harga berikut:

  • 12GB + 256GB – 8,999 yuan (~RM5,810)
  • 12GB + 512GB – 9,999 yuan (~RM6,456)

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY