Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo Sahkan Origin OS Bakal Menggantikan FunTouch OS

Posted on Oktober 30, 2020

Brau-baru ini, laporan menyatakan vivo bakal menggantikan antaramuka Funtouch OS dengan perisian baharu yang digelar Origin OS. Kini, vivo telah mengesahkan perkara itu menerusi akaun rasmi vivo di WeChat.

Origin OS
Origin OS

vivo menyatakan vivo Developer Conference (VDC 2020) akan diadakan di Shenzhen pada 19 November ini. Menerusi acara itu, mereka akan memfokuskan kepada antaramuka baharu, aplikasi, permainan, teknologi, IoT dan sebagainya.

Dalam pada itu, vivo turut dijangka akan mengumumkan siri vivo X60 pada acara tersebut. Namun, tidak dapat dipastikan jika vivo akan memperkenalkan perkakasan baharu atau sebaliknya.

Buat masa ini, vivo belum mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai antaramuka baharu itu.

Sumber: Seekdevice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress