vivo Bakal Menggantikan Antaramuka Funtouch OS Dengan Origin OS

Funtouch OS merupakan pelancar juga antaramuka yang disertakan dalam telefon jenama vivo.

Kini, maklumat terbaharu dari Digital Chat Station mendakwa bahawa vivo sedang membangunkan projek perisian baharu digelar Origin OS.

Menurutnya Origin OS adalah merupakan naik taraf besar dan juga gubahan semula kod berbanding Funtouch OS yang diguna pakai sekarang ini.

Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui buat masa ini mengenai antaramuka terbaharu ini.

Dikhabarkan pengumuman rasmi mengenai Origin OS akan berlaku pada bulan November atau Disember hadapan.

Sumber: Digital Chat Station