Bercakap mengenai spesifikasi, Vivo S6 didatangkan dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.44 inci yang menyokong resolusi FHD+. Rakaman hadapan peranti digalas oleh kamera 32MP yang ditempatkan pada takuk diatas paparan.
Mengenakan modul bulat pada bahagian belakang, sistem kuad kamera diberika pada peranti ini yang menawarkan 48MP, 8MP ultralebar, 2MP makro serta 2MP lagi untuk memperelok potret. Bahagian ini juga akan dihiasi dengan pilihan warna antara hitam, biru dan juga putih.
Di dalam Vivo S6 5G, ia dilengkapkan dengan cip pemproses Exynos 980 yang bergandingan bersama RAM 6GB atau 8GB serta pilihan storan antara 128GB atau 256GB.
Bakal menjalankan sistem Android 10 dilapisi dengan Funtouch OS 10, janaan kuasa peranti diperoleh daripada bateri 4500mAh yang ditemani dengan daya pengecasan 18W.
Vivo S6 diletakkan pada nilai dari 2698 yuan (~RM1666) sehingga 2998 yuan (~RM1851).
Berkaitan
- Huawei Nova 2i Warna Biru Aurora Edisi Terhad Tampil 11 November Ini
- AMD Ryzen C7 Mungkin Cip Pertama AMD Untuk Telefon Pintar
- Jika Mahu Peranti Dengan RAM LPDDR5, Tunggu Tahun Hadapan - Pengurus Besar Redmi
- Jenama Lejen Ini Janjikan Kemaskini Android Lebih Pantas Untuk Anda
- Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat
- realme X3 Pula Diperkenalkan - Beza Hanya Kamera Berbanding Dengan X3 Superzoom
- PUBG Mobile Akan Berkolaborasi Dengan Resident Evil 2
- Tawaran Data LTE Percuma Unifi Mobile Kini Hanya 10GB
- 14 Aplikasi Penyunting Video Percuma Untuk Android Atau iOS
- Apple Jelaskan Kenapa Amaran Dipaparkan Apabila Bateri Ditukar Pihak Ketiga