Rekaan takuk telah menjadi satu perkara wajib bagi peranti Android yang menawarkan paparan penuh yang dikeluarkan pada tahun ini. Walaupun ianya kurang digemari oleh pengguna, pengeluar terpaksa menggunakan rekaan tersebut bagi memenuhi permintaan pasaran yang mahukan lebih paparan pada peranti telefon pintar.
Vivo NEX telah dipertontonkan kepada umum buat pertama kali semasa Mobile World Congress(MWC) pada bulan Februari yang lalu. Peranti ini jelas dapat menarik perhatian ramai dengan reka bentuknya yang tidak pernah dihasilkan oleh mana-mana pengeluar peranti sebelum ini.
Peranti ini akan hadir dengan dua pilihan variasi dengan spesifikasi kelas perdana dan kelas pertengahan. Bagi variasi premium Vivo Nex ini, ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 845, 8GB RAM serta 256GB storan dalaman. Peranti ini turut akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan paparan skrin OLED 6.59 inci FHD+.
Manakala bagi variasi yang lebih bajet pula, ia akan dikuasakan oleh cip kelas pertengahan terbaru, Snapdragon 710 dengan sokongan memori 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Vivo Nex ini juga menggunakan dwi-kamera utama 12MP + 5MP serta kamera swafoto periskop 8MP.
Peranti Vivo Nex ini hanya dijual di pasaran China setakat ini pada harga 4,498 Yuan(~RM 2,805) bagi variasi 8GB RAM, manakala bagi variasi 6GB RAM pula dijual pada harga 3,898 Yuan(~RM 2,430). Tiada sebarang maklumat berkenaan kemasukan peranti ini bagi pasaran Malaysia setakat ini.
Berkaitan
- GoPro Umum Kerjasama Dengan Huawei Untuk Aplikasi Suntingan Video
- Blackberry Memperkenalkan Telefon Ikonik Mereka Buat Kali Terakhir
- Jepun Perkenal Sistem Bagi Elakkan Pekerja Tidur Semasa Bekerja
- Spesifikasi Penuh Honor 10 Kini Didedahkan Secara Rasmi Selepas Pelancaran
- Tampil Dengan Paparan Punch Hole, Vivo V17 Sudah Disahkan SIRIM
- Google Menambah Solitaire Dan Tic-Tac-Toe Di Ruangan Hasil Pencarian
- Akhirnya Anda Boleh Simpan Gambar Draft Di Instagram
- OPPO Reno 10X Zoom Kini Mempunyai Pilihan RAM 12GB
- Google Bakal Adakan Acara "Misteri" Semasa Persidangan GDC 2019 Bulan Hadapan
- Kemaskini 4.55 PS4 Hadir Dengan Membaik Pulih Masalah Sambungan Internet