Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia

Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 23, 2026 oleh ariff bukhari

Kumpulan Sunway Group mengambil langkah berani ke arah mobiliti masa depan dengan meneroka penggunaan pengangkutan autonomi, logistik pintar dan penerbangan elektrik di Malaysia menerusi kerjasama bersama 3 syarikat teknologi antarabangsa iaitu WeRide, Neolix dan AutoFlight.

Antara inisiatif utama yang dicadangkan ialah ujian dua buah bas elektrik autonomi di laluan BRT Sunway.

Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
Robobus WeRide di Lapangan Terbang Zurich Beroperasi Tanpa Pemandu.

Projek rintis ini telah menerima kelulusan bersyarat daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan berpotensi meningkatkan kekerapan perkhidmatan, memanjangkan waktu operasi serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa kepada penumpang.

Selain itu, Sunway turut merancang memperkenalkan kenderaan logistik tanpa pemandu bagi kegunaan penghantaran jarak dekat, pemindahan bekalan perubatan dan operasi penghantaran barangan yang lebih cekap.

Inisiatif ini dijangka membantu memperkukuh kecekapan operasi dalam pelbagai sektor perniagaan kumpulan tersebut.

Dalam sektor penerbangan pula, Sunway sedang menilai potensi penggunaan pesawat elektrik berlepas dan mendarat menegak (eVTOL) untuk tujuan logistik, respons kecemasan dan pengangkutan penumpang pada masa hadapan, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Sunway dalam satu kenyataan berkata, melalui inisiatif ini, mereka berhasrat menjadikan Malaysia sebagai antara peneraju teknologi mobiliti generasi baharu sambil memupuk pembangunan bakat tempatan dan mempercepatkan penerimaan teknologi hijau dalam negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Penerbangan eVTOL Pertama Asia Tengah Berjaya, AutoFlight Rancang Bekal 50 Teksi Udara Elektrik Ke Kazakhstan
  • Sunway Construction Raih Kontrak RM1 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data Johor
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY