Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menyediakan perkhidmatan MyLapor yang membolehkan orang awam melaporkan kesalahan berkaitan dengan produk merokok di bawah Akta 852.
Menerusi platform ini, anda boleh membuat aduan secara terus sekiranya ternampak individu merokok di kawasan larangan atau premis yang menjual produk merokok kepada individu dibawah umur untuk tindakan pihak berkuasa.
Cara melaporkan kesalahan merokok melalui 'MyLapor'
Buka aplikasi MySejahtera dan log masuk ke akaun anda. Klik MyLapor. Pastikan aplikasi MySejahtera telah dikemas kini kepada versi yang terbaharu.
Klik 'Submit your concern here' untuk mula membuat aduan.
Masukkan butiran kesalahan.
Muat naik gambar sebagai bukti.
Semak semula semua maklumat sebelum hantar untuk tindakan pihak berkuasa.
Bagi pengguna yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, laporan tersebut masih boleh dibuat secara terus menerusi laman web rasmi di pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public.
Inisiatif ini disediakan bagi memudahkan orang awam bersama-sama membantu memantau dan mematuhi undang-undang demi menjaga kesihatan serta persekitaran awam.
