Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo Malaysia Lancar Kempen Jualan Pertama Siri X300, Tawar Rebat Dan Ansuran Mudah

Posted on Mei 25, 2026

vivo Malaysia memulakan kempen Jualan Pertama untuk dua telefon pintar andalan terbaharunya, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE, bermula 23 Mei hingga 23 Jun 2026 di semua cawangan vivo Concept Store seluruh negara.

Direka dengan fokus khusus untuk rakaman persembahan pentas dan konsert, siri ini menggabungkan teknologi optik hasil kerjasama bersama ZEISS, keupayaan telefoto, serta algoritma kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan hasil imej yang jelas dalam persekitaran cahaya rendah.

Model premium vivo X300 Ultra dilengkapi dengan lensa ZEISS Triple Prime serta Kamera Telefoto APO ZEISS gred-gimbal 200MP. Kamera ini menyokong penstabilan imej optikal (OIS) bertaraf gimbal 3 darjah dan salutan ZEISS T* bagi mengurangkan kesan suar cahaya lampu pentas.

Bagi varian vivo X300 FE, ia dilengkapi Kamera ZEISS Super Telephoto50MP, Stage Mode, serta ciri Dual-View Stage Video untuk merakam video reaksi serentak.

Sempena kempen ini, vivo X300 Ultra ditawarkan pada harga RM6,099 (16GB+512GB) dan RM7,099 (16GB+1TB) selepas rebat RM700.

Manakala vivo X300 FE dijual pada harga RM3,299 (12GB+256GB) dan RM3,899 (12GB+512GB). Pembeli turut disediakan kemudahan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan bermula dari RM137.45 sebulan melalui bank rakan penaja terpilih.

Selain jualan peranti, vivo Malaysia turut mengumumkan penglibatan mereka selaku rakan penaja rasmi untuk konsert Gareth.T “Prince Of Nothing” di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2026. Sehubungan itu, pembeli siri vivo X300 berpeluang memenangi tiket konsert tersebut dengan memuat naik bukti pembelian atau video pembongkaran kotak (unboxing) ke media sosial berserta tanda pagar rasmi sebelum kempen ditutup pada 4 Jun 2026.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress