Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-01 at 4.06.59 PM

Video Telefon Pintar Meletup Di Dalam Pesawat, Penumpang Ryan Air Panik

Diterbitkan Ogos 1, 2018 · Dikemas kini Ogos 1, 2018 oleh Helmi Samsuri

Satu kejadian letupan disebabkan oleh telefon pintar telah berlaku semalam melibatkan penerbangan dari Barcelona ke Ibiza.

Suasana panik menyelubungi pesawat RyanAir apabila sebuah telefon yang sedang dicas menggunakan powerbank telah meletup.

Peranti terbabit mula meledak ketika pesawat baru sahaja berlepas dan sedang berada pada ketinggian sekitar 30 meter.

https://www.youtube.com/watch?v=P11_pcWpVQw

Akibat letupan itu, ruang penumpang mula dipenuhi asap diiringi percikan api yang menyebabkan pesawat terpaksa membuat pendaratan semula.

Melihat kepada video, penumpang yang panik berasak-asak menggunakan gelongsor kecemasan.

Kesemua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan letupan itu berjaya dipadamkan oleh kru pesawat.

Walaubagaimanapun, jenama telefon pintar ini tidak didedahkan. Kejadian ini berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan powerbank yang tidak berkualiti.

Sumber: elEconomista.es 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY