Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Meizu Pro 7 Dilengkapi Dengan Skrin Kedua Di Bahagian Belakang

(Video) Meizu Pro 7 Dilengkapi Dengan Skrin Kedua Di Bahagian Belakang

Diterbitkan Julai 22, 2017 oleh Helmi Samsuri

Difahamkan Meizu PRO 7 dan Meizu PRO 7 Plus bakal diperkenalkan pada 26 Julai 2017 ini dan terbaru, sebuah video telah tersebar dan dipercayai ia merupakan salah satu daripada dua model tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, kita boleh lihat telefon berkenaan mempunyai skrin paparan kedua yang terletak dibahagian belakang.  Selain itu kita turut mengetahui telefon dari Meizu ini bakal hadir dengan kamera dwi lensa yang berada betul-betul diatas skrin kedua itu.

Bagaimana skrin kedua ini berfungsi?

Skrin kedua berukuran 2 inci itu dikatakan mampu memaparkan:

  • Cuaca
  • Data kecergasan (larian/langkah etc)
  • Notifikasi
  • Waktu
https://wiser.my/wp-content/uploads/2017/07/Meizu-Pro-7-second-display-test.mp4

Khabar angin turut mengatakan bahawa Meizu PRO 7 bakal tampil dengan 3 variasi warna iaitu:

  1. Merah
  2. Hitam
  3. Emas

Di bahagian pemproses pula, dilaporkan ia akan dijana dengan cip pemproses MediaTeka Helio X30 untuk kedua-dua model.

Apa yang membezakan model PRO 7 dan PRO 7 Plus adalah pada ukuran skrin paparan utama dimana versi biasa bersaiz 5.2 inci dan versi Plus 5.7 inci.

Meizu PRO 7
6 GB RAM + 64 GB storage – 2,799 Yuan (RM1772.85 +-)
8 GB RAM + 128 GB storage – 3,299 Yuan(RM2089.55 +-)

Meizu PRO 7 Plus
4 GB RAM + 64 GB storage – 3,299 Yuan (RM2089.55 +-)
6 GB RAM + 128 GB storage – 3,599 Yuan (RM2279.56 +-)
8 GB RAM + 128 GB storage – 3,799 Yuan (RM2406.24 +-)

*Ini merupakan harga anggaran pertukaran dari yuan ke RM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY