Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Jurutera Dari Honda R&D Ini Perkenal Sensor Stereng Pintar Atasi Isu ADAS

(Video) Jurutera Dari Honda R&D Ini Perkenal Sensor Stereng Pintar Atasi Isu ADAS

Diterbitkan Ogos 19, 2026 · Dikemas kini Ogos 19, 2026 oleh ariff bukhari

Jurutera dari divisyen penyelidikan dan pembangunan Honda R&D, Shotaro Odate memperkenalkan inovasi baharu dalam teknologi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) dengan sistem pengesanan genggaman stereng yang lebih pintar dan adaptif.

Beliau menjelaskan, masalah utama yang sering berlaku dalam ADAS ialah fenomena yang dikenali sebagai “OFF-dropout”, iaitu apabila pergerakan tangan sementara atau perubahan cara memegang stereng disalah tafsir sebagai pemandu melepaskan genggaman.

Kesilapan ini boleh menjejaskan kebolehpercayaan sistem keselamatan.

(Video) Jurutera Dari Honda R&D Ini Perkenal Sensor Stereng Pintar Atasi Isu ADAS

Jadi, untuk mengatasi isu ini, Honda membangunkan sistem sensor kapasitif yang mampu menyesuaikan nilai asas bacaan secara automatik mengikut perubahan suhu, kelembapan, dan gaya genggaman pemandu.

Selain itu, sistem ini menggunakan band-pass filter (BPF) serta logik ambang lanjutan bagi menapis gangguan dan mengurangkan pengesanan palsu.

Hasil ujian awal Honda R&D menunjukkan kadar kesilapan dapat dikurangkan dengan ketara, daripada setinggi 37% kepada hanya sekitar 4%.

(Video) Jurutera Dari Honda R&D Ini Perkenal Sensor Stereng Pintar Atasi Isu ADAS

Penyelasaian ini bukan sahaja meningkatkan ketepatan sistem ADAS, malah memberi keyakinan lebih tinggi kepada pemandu dalam menggunakan teknologi bantuan pemanduan.

Dengan sensor adaptif ini, ADAS mampu membezakan dengan lebih tepat antara situasi sebenar tangan dilepaskan dan pergerakan normal ketika memandu.

Inovasi Honda ini menjadi langkah penting ke arah pembangunan sistem pemanduan autonomi yang lebih selamat, stabil, dan mesra pengguna.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Honda Dan Nissan Dilapor Sedang Berbincang, Bersama Bangunkan OS Untuk Kenderaan Masa Depan
  • Tidak Perlu Kru, Dolly GO Solusi Gerakan Kamera Profesional Untuk Pencipta Kandungan Solo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY