Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 9 PureView Mengalami Kelewatan Akibat Masalah Kamera

Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik

Diterbitkan Januari 6, 2019 oleh Haikel Areff

Nokia dijangka akan memperkenalkan model Nokia 9 Pureview mereka tidak lama lagi. Menguatkan lagi ura-ura tersebut, satu video acah peranti bagi peranti berkenaan dikatakan telah tertiris baru-baru ini.

Video hasil tirisan MySmartPrice itu menampilkan beberapa fungsi menarik antaranya ialah tetapan lima kamera yang menangkap lima gambar sekaligus serta boleh menangkap 10 kali lebih cahaya berbanding kamera telefon pintar lain.

Selain itu, Nokia 9 PureView ini juga akan dikuasakan dengan Snapdragon 845 dan sistem operasi Android One, menjadikannya antara peranti paling berkuasa dengan sistem operasi tersebut.

Tambahan pula, peranti terbaru Nokia ini turut dilengkapi dengan paparan skrin berdefinisi tinggi 2K HDR 10 PureDisplay bersaiz 5.99-inci serta imbasan cap jari dari dalam skrin.

Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik
MySmartPrice

Nokia mungkin hanya akan menyediakan satu variasi sahaja bagi keluaran terbaru mereka ini iaitu 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB.

Bagaimanapun, video ini adalah belum rasmi dan masih diperingkat ura-ura. Akan tetapi, jika benar, ia pastinya mampu melonjakkan kembali nama Nokia di persada antarabangsa tahun ini.

 

Sumber:  MySmartPrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY