Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan Julai 3, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kami nyatakan dalam kiriman sebelum ini, Google dijangka akan melancarkan edisi terbaru bagi sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka iaitu Android P pada suku ketiga tahun ini. Perkara ini dilihat semakin hampir menjadi kenyataan apabila Google telah memperkenalkan versi ketiga bagi beta percubaan untuk sistem operasi berkenaan.

Beta terkini ini dikatakan sebagai versi yang hampir lengkap sebelum Android P dilancarkan secara rasmi kepada semua peranti Android pada masa terdekat. Versi kali ini akan memberikan lebih kestabilan operasi peranti, memperbaiki sebarang kelemahan pada versi terdahulu selain kemaskini keselamatan bagi Julai 2018.

Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Kredit : NDTV Gadget

Versi beta bagi Android P buat masa ini telah membolehkan para pembangun untuk menguji beberapa fungsi terbaru yang akan dibawa masuk ke sistem operasi berkenaan. Antara fungsi yang boleh diuji oleh mereka ialah sokongan multi-kamera, Text Classifier, Image Decoder dan banyak lagi.

Sekiranya anda memiliki peranti yang menggunakan sistem operasi tulen Android One, anda boleh mencuba sendiri versi percubaan beta Android P ini dengan mendaftar pada Program Beta Android terlebih dahulu. Untuk mengetahui sama ada peranti anda layak atau tidak untuk menyertai program ini, anda boleh semak di sini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY