
Ada masanya, seseorang menghadapi masalah apabila merakam gambar di waktu malam. Namun, ianya bukanlah lagi satu masalah apabila menggunakan vivo V20 SE untuk merakam gambar berharga.
Super Night Selfie
V20 SE hadir dengan Super Night Selfie yang mempunyai algoritma HDR+ Morpho. Ia merupakan teknologi pintar yang dapat mencerahkan bintik-bintik gelap dan mengurangkan exposure secara berlebihan. Oleh itu, ianya akan memberikan hasil potret malam dengan kecerahan, perincian dan keseimbangan yang lebih baik. Dipadankan pula dengan Face Beauty, ia meningkatkan lagi kecantikan anda dalam atmosfera yang gelap.
Selfie Softlight Band

Menjadikannya lebih menarik lagi adalah dengan Selfie Softlight Band, iaitu ciri yang direka untuk membawakan “studio-standard lighting” kepada rakaman swafoto diwaktu malam. Menerusi mod ini, ia dapat menyesuaikan secara automatik dengan cahaya sekitar di dalam dan luar rumah. Dengan itu, tidak kira betapa gelapnya, ia dapat memberikan hasil yang lebih baik.
Video Face Beauty
Sebagai tambahan, vivo V20 SE juga membantu anda untuk kelihatan lebih cantik melalui sokongan Video Face Beauty. Anda boleh menggunakan fungsi Face Beauty secara terus ketika merakam video.

Dalam pada itu, V20 SE adalah telefon pintar paling ringan dalam siri vivo V dimana reka bentuk dengan binaan 3D yang ringan memberikan kemasan yang halus dan selesa seperti tidak terasa memegang sebuah telefon.

Tidak asing lagi, vivo adalah syarikat teknologi global terkemuka yang memberi tumpuan kepada peranti dan perkhidmatan pintar. Ia komited untuk menghubungkan pengguna di seluruh dunia dengan rekaan inovatif telefon pintar dan peranti, serta perkhidmatan dimana ia mengintegrasikan teknologi dan rekaan dengan cara yang unik dan kreatif.

Bagi anda yang ingin mendapatkan vivo V20 SE, telefon pintar ini telah tersedia bermula 24 September 2020. Ianya ditawarkan pada harga bermula RM1199 dan boleh didapati melalui mana-mana kedai jualan yang sah. Anda juga boleh melayari halaman rasmi Facebook vivo Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut.
Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.
Berkaitan
- Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Menjadi Peranti Pilihan Golongan Profesional
- Cantik Dan Paling Penting Mesra Poket, Ini Peranti Terbaik Untuk Raya Anda
- TSMC Tingkatkan Pelaburan Dalam R&D
- 5 Pemain Wings Gaming Meninggalkan Organisasi Tersebut
- Telefon Ini Mampu Berikan Hasil Foto Yang Cantik
- Pengeluaran Vivo Apex Bermula Pertengahan 2018
- Mahu Rakam Imej 108MP Lebih Jelas? OPPO Reno3 Pro Boleh Bantu Anda
- 5 Sebab Kenapa OPPO Reno5 5G Patut Jadi Telefon Pintar Anda Seterusnya
- ROG Phone Munculkan Diri Di Computex 2018
- Lagi Helah ShopeePay Dibongkar, Ini Yang Anda Perlu Tahu