Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UTM Perkenal Passport Kemahiran AI, Kukuhkan Pelajar Depani Pasaran Kerja Dipacu AI

UTM Perkenal Passport Kemahiran AI, Kukuhkan Pelajar Depani Pasaran Kerja Dipacu AI

Diterbitkan Oktober 7, 2026 Ā· Dikemas kini Oktober 7, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperkenalkan Pasport Kemahiran AI untuk menghubungkan kecekapan AI individu dengan kemahiran yang muncul dan keperluan pekerjaan masa hadapan.

Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan memetakan tahap semasa kompetensi AI pelajar, menyelaraskan pembelajaran dengan keperluan pekerjaan masa depan, dan mengenal pasti jurang kecekapan.

AI Skills Passport menggunakan Future Job Intelligence Engine untuk menghubungkan kemahiran dengan keperluan pekerjaan semasa, sekali gus mengukuhkan hubungan antara akademia dan industri.

UTM Perkenal Passport Kemahiran AI, Kukuhkan Pelajar Depani Pasaran Kerja Dipacu AI
Nurul Izzah Anwar dan Naib Canselor UTM Prof. Ts. Dr Mohd Shafry Mohd Rahim bersama anggota delegasi semasa lawatan ke Pusat Kepintaran Buatan dan Robotik (CAIRO).

Program ini turut melibatkan kerjasama erat antara Fakulti Kecerdasan Buatan UTM, UTMSPACE, Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC), Twenty30 Digital dan Nation Dev.

Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry, menegaskan kepentingan kolaborasi universiti–industri, manakala Nurul Izzah Anwar dalam ucapan utama menekankan peluang dan risiko dalam membangunkan bakat Malaysia untuk ekonomi berasaskan AI.

Selain pengiktirafan kompetensi, AI Skills Passport memperkenalkan Gelung Kesediaan Tenaga Kerja AI 12 Bulan (12-Month AI Workforce Readiness Loop) yang menekankan latihan berterusan, penilaian semula, dan hasil tenaga kerja.

Pelajar serta pendidik turut diberi pendedahan praktikal melalui sesi interaktif bagi memahami bagaimana penilaian kompetensi AI menyokong pembelajaran dan persediaan kerjaya.

Inisiati UTM f ini sekali gus mengukuhkan lagi peranannya sebagai jambatan antara akademia dan industri dalam usaha menyokong aspirasi Malaysia untuk bersaing dalam ekonomi global yang dipacu kecerdasan buatan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Qualcomm Akan Bayar Huawei Untuk Paten 5G, AI Dan Teknologi Pengkomputeran
  • UTeM Terima 8 Robot Taraf Industri Daripada Konica Minolta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY