Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan permohonan MyKid akan dibuka semula di semua pejabat JPN bermula 29 Julai 2024. Sebelum ini, permohonan MyKid telah ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut. Bagi yang telah membuat permohonan dan mempunyai resit permohonan MyKid – tetapi cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan…
Kategori: Utama
Dakwaan Pangkalan Data Bocor, Maybank Sahkan Sistem Kekal Selamat
Susulan dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum web gelap, Maybank hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan adalah dilindungi sepenuhnya. #MBBAlert Alleged Maybank2u Database Published on a Dark Web Forum With respect to the alleged claim, Maybank would like to reassure our customers that our systems…
Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini
Shopee kini mengumumkan bahawa Bayaran Transaksi akan dinaikkan kepada 3.5% (tidak termasuk SST), berkuat kuasa 1 Ogos 2024. Pada masa ini, Bayaran Transaksi Shopee dikira sebagai 2.12% (termasuk cukai) daripada jumlah pesanan akhir yang dibayar oleh pembeli sebelum ‘Shopee Sponsored Discounts’. Shopee akan memotong Bayaran Transaksi secara automatik daripada pembayaran kepada penjual apabila pesanan selesai….
Gangguan “CrowdStrike” Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia
Kemas kini 8:40 pm 19/7/24 – CrowdStrike telah mengeluarkan kenyataan yang hanya PC Windows sahaja terjejas dan hos Mac serta Linux tidak terjejas. Mereka pun sudah mengenalpasti masalah yang dihadapi dan menyatakan yang ia bukan serangan siber atau berkait insiden keselamatan. Berita penuh di SINI. Beberapa jam yang lepas, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS telah…
Dakwaan Kebocoran Data Adalah Data Lama – U Mobile
U Mobile hari ini mengesahkan bahawa sampel yang disiarkan di BreachForums pada 16 Julai 2024 adalah data lama dari tahun 2014. Dalam kenyataannya, U Mobile menjelaskan sampel itu juga sepadan dengan pelanggaran data daripada insiden yang dilaporkan pada 2017, yang melibatkan kebocoran maklumat peribadi lebih 46 juta pengguna di pelbagai organisasi Malaysia, sejak tahun 2014….
Keputusan Ujian COVID-19 Tidak Perlu Lagi Dimuat Naik Ke Aplikasi MySejahtera
Keputusan ujian COVID-19 tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera, berkuat kuasa 15 Julai 2024. Sebaliknya, ia hanya akan dilaporkan oleh pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi. Untuk makluman, eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara. KKM memaklumkan ujian…
