Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cartoon Network’s

Selepas 26 Tahun, Laman Sesawang CartoonNetwork.com Ditamatkan

Diterbitkan Ogos 11, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2024 oleh ariff bukhari

Laman sesawang CartoonNetwork.com telah diturunkan dari Internet. Ia dilakukan oleh Warner Bros. Discovery pada Khamis, 8 Ogos 2024 minggu lalu yang bertindak menarik keluar keseluruhan kandungan cartoonnetwork.com, lalu mengubah hala pelawat ke halaman di Max, perkhidmatan penstriman langganannya, menggalakkan peminat mendaftar untuk menonton rancangan Cartoon Network kegemaran mereka.

Selepas 26 Tahun, Laman Sesawang CartoonNetwork.com Ditamatkan

Dalam satu kenyataan oleh jurucakap Cartoon Network memberitahu Variety:

“Kami memberi tumpuan kepada rancangan Cartoon Network dan media sosial di mana kami mendapati pengguna adalah yang paling terlibat dan terdapat potensi yang bermakna untuk pertumbuhan.”

Walau bagaimanapun, laman sesawang Cartoon Network antarabangsa yang lain seperti cartoonnetworkasia.com dan cartoonnetwork.co.uk terus beroperasi seperti biasa sehingga kini walaupun tidak jelas sama ada akhirnya akan menghadapi nasib yang sama.

Penamatan ini berlaku di tengah-tengah langkah pengurangan kos yang lebih luas di Warner Bros. Discovery, yang melaporkan kerugian bersih $9.7 bilion dalam pendapatan suku tahunan terbarunya.

Syarikat itu sebelum ini telah pun bertindak membuang hampir 1,000 pekerjanya bulan lalu kerana menghadapi tekanan untuk memperbaiki prestasi kewangannya.

Cartoon Network dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992 sebagai saluran kabel genre tunggal 24 jam pertama dengan animasi sebagai tema utamanya.

Manakala laman sesawang Cartoon Network pula dilancarkan pada Julai 1998, kira-kira 6 tahun selepas rangkaian kabelnya itu dilancarkan.

Sumber: Variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Pengguna ChatGPT Kini Boleh Hasilkan Imej Percuma Dengan DALL-E 3, Tapi Ada Had Harian
  • Time Tawar Router WiFi 7 Percuma Untuk Langganan 600Mbps Dan 1Gbps
  • Sementara Percuma, Cepat Sambar 2 'Game' Bernilai RM350 Ini

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY