(Ulasan) OnePlus 11 5G - 'Flagship' Snapdragon 8 Gen 2 Paling Rahmah

OnePlus telah melancarkan peranti OnePlus 11 5G ini awal tahun 2023 yang lepas dan merupakan flagship terbaru yang berkuasa daripada jenama itu.

Ketika artikel ini ditulis, terdapat pelbagai pilihan flagship di pasaran yang hadir dengan harga yang berbeza. Tidak lupa juga yang anda boleh membaca spesifikasi penuh OnePlus 11 5G melalui pautan ini.



Tetapi saya berpendapat bahawa peranti flagship baharu OnePlus ini adalah yang paling berbaloi dan seimbang untuk anda miliki.

Dan jom saya kongsikan sebab-sebab kenapa OnePlus 11 5G adalah antara pilihan terbaik yang boleh dipilih di luar sana.

Prestasi (Pengendalian Seimbang Untuk Semua Perkara)


Peranti ini menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 dan apa-apa kerja yang saya lakukan dalam peranti ini berjalan dengan lancar.



Walaupun bermain Genshin Impact pada tetapan grafik tertinggi sekali pun, peranti ini dapat mengendalikan pemprosesan itu dengan cekap dan baik.



Selain itu, game e-sukan yang lain, MLBB juga dapat saya mainkan pada tetapan yang tinggi dek kerana sokongan spesifikasinya yang berkuasa.

Dari segi suhu, peranti ini hanya akan panas yang biasa-biasa sahaja ketika bermain game di atas. OnePlus 11 ini pernah menjadi panas yang agak tinggi sekitar 44°C ketika bermain Genshin Impact.

Walau bagaimanapun, itu adalah ketika saya berada dalam bilik yang agak kedap, cuaca luar yang panas dan tanpa sebarang bantuan pendingin hawa.

Namun, saya memuji prestasi peranti ini kerana suhunya mudah untuk menurun daripada panas sekiranya saya berhenti bermain game.

Menariknya lagi, peranti ini juga mempunyai prestasi pengecasan yang pantas dan kompetitif berbanding pesaing-pesaing yang lain.



Berdasarkan gambar di atas, OnePlus 11 hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja untuk mengecas daripada paras 20% hingga 90%.

Pengecasan pantas SuperVOOC 100W peranti ini sememangnya pantas dan saya boleh jangkakan 30 minit sahaja masa diperlukan sekiranya ia dicas daripada paras sifar hingga 100%.

Skrin Lengkung (Antara Skrin Yang Terbaik Dalam Flagship)


Saya tahu ramai yang berasa kurang senang dengan OnePlus perihal isu garis hijau yang muncul pada skrin peranti mereka sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin menenangkan anda kerana isu tersebut tidak menjadi sebarang masalah atau kerisauan kepada anda melalui peranti 11 5G ini.



OnePlus 11 5G menawarkan skrin lengkung yang ada kualiti antara yang terbaik di pasaran ketika ini. Peranti ini menggunakan skrin AMOLED dengan resolusi QHD+.

Oleh itu, pengalaman yang saya dapat dalam menonton movie, video atau bermain mobile games sekali pun, tetap cemerlang dan setanding gelarannya sebagai peranti flagship.

Kamera (Hanya Perlu Tekan Klik Sahaja)




OnePlus 11 5G mempunyai 3 tetapan kamera - 50MP utama, 48MP ultra-lebar dan 32MP telefoto. Secara amnya, peranti ini mempunyai prestasi kamera yang seimbang dan memudahkan.



Apa yang saya maksudkan adalah hasil kualiti gambar yang ditangkap secara terus sangat memuaskan. Peranti ini sangat sesuai kepada anda yang suka menangkap gambar tetapi bukan seseorang yang mahir.



Selain itu, prestasi gambar malam OnePlus 11 5G juga cukup memberangsangkan. Peranti mampu memberikan hasil gambar yang terang dan jelas untuk kawasan kurang cahaya atau pada waktu malam.

Berikut adalah kemampuan ciri zum pada peranti OnePlus 11 5G ini:



 

Pendek cerita, anda tidak perlu risau akan hasil gambar, hanya perlu klik dan kualiti gambar yang dihasilkan sudah semestinya memuaskan.


Kesimpulan (Peranti 8 Gen 2 Paling Rahmah)


OnePlus 11 5G adalah sebuah tanda yang OnePlus sudah kembali semula ke atas jalan sebenar yang pernah mereka lalui sebelum ini.

Rekaan dan binaan fizikalnya juga cantik, kemas dan premium melalui ketahanan dan kemasan glossy nya.



Hampir saya terlupa, kemasan dan kemudahan OxygenOS 13.0 pada peranti ini sangat menarik. Ia padat dengan pelbagai ciri menarik, pilihan yang memudahkan kerja serta shortcut navigation yang menyenangkan saya menggunakan peranti ini sebagai peranti harian

Oleh itu, ianya adalah satu penafian sekiranya kita menganggap OnePlus 11 5G bukan sebuah peranti flagship paling berbaloi untuk dimiliki dengan harganya.

Tambahan lagi, dengan tanda harga peranti flagship 2023 atas RM3000, OnePlus 11 5G boleh kita katakan sebagai sebuah flagship killer.

Harga permulaannya pada RM3,299, anda akan dapat peranti Snapdragon 8 Gen 2, spesifikasi yang paling berkuasa untuk kelas flagship, OS yang lancar, smooth dan memudahkan, kamera yang berkuasa dan tidak lupa juga pengecasan pantas 100W untuk bateri 5,000mAh yang besar.

Oleh itu, for your consideration, OnePlus 11 5G.

Beli OnePlus 11 5G melalui pautan di bawah:

Beli di Shopee

Beli di Lazada

Anda juga boleh membuat carian melalui web kami dan lakukan carian "OnePlus 11" untuk membeli.

{suggest}