Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus keyboard 81 pro

Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi

Diterbitkan Februari 8, 2023 · Dikemas kini Februari 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selain melancarkan OnePlus 11 dan TWS OnePlus Buds Pro 2 untuk pasaran global, mereka juga mengumumkan papan kekunci sulung mereka yang dinamakan OnePlus Keyboard 81 Pro.

OnePlus Keyboard 81 Pro ialah hasil kerjasama dengan jenama terkemuka iaitu Keychron.

oneplus keyboard 81 pro 2

Ia diletakkan di bawah kategori OnePlus Featuring iaitu untuk ciptaan dengan kolaborasi jenama lain. Angka 81 pula merujuk pada 81 kekunci dimuatkan.

Ya, keycap padanya boleh ditanggalkan seperti kebanyakan papan kekunci mekanikal lain. Jadi, turut menyokong mana-mana keycap yang lain.

Namun, sekali pandang papan kekunci OnePlus ini nampak sama dengan Keychron Q1 Pro.

Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi

Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi

Walaupun diumumkan tadi, tapi hanya sedikit maklumat dikongsikan seolah-olah teaser melalui media sosial pula, bukan acara pelancaran.

Ia akan tersedia pada April kelak dan harganya tidak diberitahu pun sebentar tadi.

Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi

Antara maklumat dikongsi atas pentas tadi ialah ketahanan baterinya selama 300 jam dengan lampu dipadam dan 100 jam jika lampu keycap dihidupkan.

Untuk jenis switch, 2 jenis yang akan tersedia ialah Winter Bonfire (tactile) dan Summer Breeze (linear) yang dikatakan rekaan asli OnePlus.

oneplus keyboard 81 pro 3

Untuk Summer Breeze, dikatakan ia diperbuat daripada bahan baru iaitu Marble-mallow daripada bahan termoplastik.

Tubuh papan kekunci ini daripada aluminium dan mempunyai dua gasket untuk keselesaan semasa menggunakannya sama ada menaip mahupun bermain game.

tombol keyboard oneplus

Selain itu, ia turut mempunyai tombol dan suis selari dengan konsep butang alert slider pada telefon OnePlus.

Papan kekunci ini juga kelak boleh menyokong perisian lain seperti QMK dan VIA untuk pengguna menyelaraskan sendiri kesan lampu RGB, butang kekunci dan lain-lain.

Papan Kekunci Sulung, OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Temui Pasaran 2 Bulan Lagi

Anda boleh melihatnya di laman web OnePlus Malaysia di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari
  • Kedah Mula Terima 5G Di Beberapa Lokasi
  • OnePlus Buds Pro 2 Rasmi, Ditala Oleh Hans Zimmer

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY