Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UOS Adalah Sistem Operasi Komputer Terbaru Dibangunkan Firma China

UOS Adalah Sistem Operasi Komputer Terbaru Dibangunkan Firma China

Diterbitkan Disember 29, 2019 ยท Dikemas kini Disember 29, 2019 oleh ariff bukhari

Antaramuka UOS hasil gabungan pelbagai sistem operasi sedia ada.

2 buah firma pembangun perisian China, China Electronics Corporation (CEC) yang dimiliki kerajaan China dan Deepin telah membangunkan sistem operasi komputer baru yang dikenali sebagai “Unified Operating System” atau singkatannya UOS.

UOS cuba untuk tidak menyerupai mana-mana sistem komputer yang sedia ada. Walaubagaimanapun, pengguna boleh melihat persamaannya kerana antaramukanya adalah gabungan hasil daripada pelbagai sistem operasi yang sedia ada.

UOS Adalah Sistem Operasi Komputer Terbaru Dibangunkan Firma China
Demo UOS di Shanghai baru-baru ini. Kredit: CGTN

Sebagai contoh, rekaan dock UOS amat menyerupai rekaan dock yang dibangunkan Apple pada sistem iOS, bar tetapannya menyerupai notifikasi Android dan ikon-ikon pula direka sepertimana ikon sistem Linux.

Selain itu,perisian-perisian pejabat yang dibangunkan firma China bagi menggantikan Microsoft Office dan lain-lain juga dilaporkan sudah sedia menyokong UOS seperti Huawei cloud computing, Loongson CPU dan WPS Office.

Bukan rahsia bahawa China sedang giat membangunkan sistem operasi komputer mereka sendiri supaya tidak lagi bergantung pada Microsoft yang dibangunkan firma A.S.

Malah Kerajaan China juga merancang dalam tempoh 3 tahun untuk tidak lagi menggunakan sistem operasi Windows dan perkakasan komputer dari firma Amerika dalam pentadbiran mereka.

Sumber: CGTN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY