Ikuti kami di media sosial

Berita

China Akan Menggunakan Formasi 3-5-2 Bagi Menggantikan Komputer Pihak Luar Dari Semua Pejabat Kerajaan

ariff bukhari

Ditulis

pada

China tidak lagi mahu menggunakan perkakasan dan perisian asing dalam kerajaan mereka.

Kerajaan China dilaporkan akan mula melaksanakan program penggantian perkakasan dan perisian komputer asing dari pejabat-pejabat kerajaan mereka.

Berdasarkan kepada laporan oleh The Financial Times, kerajaan China akan menguat kuasakan polisi tiada lagi penggunaan komputer asing di dalam kerajaan mereka.

Kesemua perkakasan dan perisian komputer mereka akan digantikan sepenuhnya  dengan perkakasan dan perisian yang hanya dibangunkan oleh firma-firma dari China sahaja.

Polisi tersebut yang diberi nama 3-5-2 itu merujuk kepada sasaran pelaksanaan polisi tersebut iaitu 30% perisian dan perkakasan asing akan digantikan dalam tahun 2020, 50% dalam tahun 2021 dan 20% lagi akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022.

-- Iklan --

Perang perdagangan antara pihak A.S dan China memang sudah diketahui umum di mana A.S telah menyekat firma teknologi Huawei dan ZTE di negara mereka.

Tindakan ini mungkin sebagai tindak balas tidak langsung oleh China terhadap A.S. Pelaksanaan polisi oleh kerajaan China ini pastinya akan memberikan kesan buruk terhadap beberapa firma pengeluar komputer utama A.S seperti Microsoft, Dell dan HP.

China memang diketahui umum dalam perancangan untuk bebas dari penggunaan teknologi asing sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Sumber: Cnet

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular