Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
quantum beauty shot

Universiti Ini Jadi Yang Pertama Di Dunia Guna Sepenuhnya Sistem Komputer Kuantum

Diterbitkan April 14, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah universiti di New York, Institut Politeknik Rensselaer (RPI) telah menjadi pusat pengajian tinggi pertama di dunia yang menggunakan sistem komputer kuantum sepenuhnya.

Disrasmikan pada 5 April 2024 lalu, ia menggunakan mesin perkomputeran IBM Quantum System One di mana ia akan mengembangkan lagi perkongsian RPI dan IBM yang telah lama terjalin untuk mempercepatkan penyelidikan pengkomputeran kuantum, pembangunan tenaga kerja dan pendidikan di New York.

Ia adalah sumbangan daripada pengasas bersama Nvidia sekaligus memberikan akses pada pelajar di Institut Politeknik Rensselaer kepada sistem pengkomputeran kuantum utama IBM yang terletak di dalam Gereja Kecil Pusat Pengkomputeran Voorhees yang bersejarah di universiti itu.

IBM Quantum System One baharu di RPI ini dikuasakan oleh pemproses IBM Quantum ‘Eagle’ 127-qubit, untuk menawarkan rangkaian penyelidik, pelajar dan rakan kongsi RPI akses khusus kepada komputer kuantum skala utiliti.

Dikenali sebagai utiliti kuantum, ini menandakan permulaan era di mana sistem kuantum boleh berfungsi sebagai alat saintifik untuk meneroka masalah dalam kimia, fizik, bahan dan bidang lain.

Sebagai universiti pertama di dunia yang menempatkan IBM Quantum System One di kampusnya, RPI mempunyai peluang unik untuk membangunkan kurikulum kuantum baharu dan program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja kuantum.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Rensselaer Polytechnic Institute

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY