Unifi Tawar Akses Percuma Data Tanpa Had Bagi Pelan Prabayar #BEBAS, 999GB Hotspot Bagi Pelanggan Pascabayar

Unifi sebelum ini telah mengumumkan akses percuma kepada semua saluran Unifi TV bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Dalam tempoh yang sama, Unifi kini menawarkan akses percuma kepada pelanggan prabayar #BEBAS (pas mingguan) dengan data tanpa had bagi rangkaian 4G. Pelanggan pascabayar pula akan menerima pas hotspot 999GB secara percuma.



Berdasarkan halaman komuniti Unifi, pas dengan tempoh sah 7 hari tersebut boleh dilanggan semula jika tamat tempoh dan pelanggan akan menerima pas yang baru.

Tawaran percuma ini boleh diakses melalui aplikasi unifi di App Store atau Google Play. Kemudian, klik pada 'Buy Now' di bawah tab 'data'. Anda akan menemui pas tersebut dengan nama 'BEBAS Weekly' dan tekan pas tersebut untuk menebus.

[embed]https://twitter.com/unifi/status/1240604177287352320[/embed]

Bagi pelanggan pascabayar, akses percuma pas hotspot 999GB 4G akan diberikan kepada pelanggan dengan pakej unifi Mobile 99 RM59 (dengan kontrak 12 bulan), unifi Mobile 99, webe RM79 dan unifi Mobile Pek Jasa/Pelan Warga Emas.

Turut akan menerima akses percuma ini adalah pelanggan unifi Mobile Biz dengan pakej unifi Mobile Biz 99 dan unifi Mobile Biz 79.Menurut unifi, tawaran bagi pascabayar ini akan diberikan secara berperingkat dan diaktifkan secara automatik.

Kedua-dua akses percuma ini ditawarkan bermula 19 sehingga 31 Mac dan hanya  tersedia bagi rangkaian 4G sahaja.