Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi Mobile Kini Menawarkan Pas Internet Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

unifi Mobile Kini Menawarkan Pas Internet Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

Diterbitkan Julai 28, 2020 · Dikemas kini Julai 28, 2020 oleh Amalina Athman

Di bawah pelan prabayar #BEBAS, unifi Mobile kini menawarkan pas data internet tanpa had pada harga RM35/sebulan. Sebelum ini, pas tersebut telah ditawarkan pada harga RM55/sebulan.

Selain itu, unifi turut menawarkan pas internet tanpa had mingguan pada harga RM12 berbanding harga asal RM20. Bagaimanapun, kesemua pas di bawah BEBAS2NJOY hanya tersedia untuk penggunaan LTE sahaja.

unifi mobile

Dalam pada itu, FAQ di laman unifi menyatakan pas tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh promosi iaitu 27 Julai hingga 31 Disember 2020. Lebih menarik, melalui langganan pas ini, perkongsian hotspot adalah dibenarkan tanpa sebarang cas tambahan.

Langganan pas mingguan dan bulanan ini boleh dilakukan melalui aplikasi mobile@unifi di App Store atau Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai pas ini, layari laman unifi melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY