Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi (1)

unifi Mobile Pula Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Diterbitkan Oktober 4, 2020 · Dikemas kini Oktober 4, 2020 oleh Amalina Athman

Kemaskini: Isu gangguan teknikal yang memberi kesan kepada perkhidmatan rangkaian unifi Mobile telah dibaikpulih sepenuhnya.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1312767037412831233?s=21

Terdahulu, Celcom telah mengumumkan perkhidmatannya sedang mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian. Terbaru, unifi memaklumkan pengguna unifi Mobile turut mengalami isu yang sama.

Namun, ianya adalah bagi pengguna yang berada di luar kawasan liputan 4G. Ia disebabkan oleh gangguan perkhidmatan yang menjejaskan perayauan domestik unifi. Bagaimanapun, perkhidmatan bagi rangkaian 4G tidak terjejas dengan gangguan ini.

Sebagai alternatif, pengguna unifi Mobile boleh menukar tetapan rangkaian kepada “4G only” atau “LTE only” untuk menyambungkan kepada rangkaian 4G unifi sehingga gangguan perkhidmatan ini selesai dibaikpulih.

https://twitter.com/helpmeunifi/status/1312683868114173952

Buat masa ini, belum diketahui bila isu gangguan perkhidmatan unifi Mobile akan diselesaikan. Kemaskini baikpulih akan dimaklumkan setelah isu gangguan ini selesai sepenuhnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY