Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi (1)

Unifi Dilihat Menawarkan Pelan 30Mbps Serendah RM39

Diterbitkan Jun 2, 2020 · Dikemas kini Jun 5, 2020 oleh Helmi Samsuri

*Kemaskini – Penjelasan mengenai harga langganan RM39 bagi pelan 30Mbps

Satu tawaran pelan jalur lebar baru dikatakan mula ditawarkan oleh Unifi baru-baru ini. Menyediakan pelan 30Mbps pada harga RM39, ia dilihat jauh lebih murah daripada apa yang sedia ditawarkan.

unifi

Menurut laporan daripada Pokde.net, poster tawaran tersebut mula dimuat naik pada forum Lowyat. Ia memperlihatkan tiga pelan iaitu 300Mbps (RM149/bulan), 100Mbps (RM79/bulan) dan 30Mbps (RM39/bulan).

Namun begitu, penawaran pelan ini tidak diumumkan secara meluas oleh TM.  Kemaskini laporan daripada Lowyat.net pula menyatakan, ia hanya dibuka kepada pengguna jalur lebar dari pengendali lain, bukannya pengguna Unifi sedia ada.

Poster turut memaparkan ayat yang seakan-akan mahu mengajak bekas pengguna unifi untuk kembali melanggan pelan daripada pengendali ini. Buat masa sekarang unifi masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai kempen terbaharu ini.

Sumber: Pokde.net, Lowyat.net dan forum Lowyat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY