Telefon siri Galaxy S sentiasa menjadi perhatian ramai setiap tahun disebabkan penawaran spesifikasi dalaman dan juga perisian yang matang.
Malah, ada juga beberapa pengguna mengatakan ia adalah peranti terbaik berbanding jenama-jenama lain.
Adakah ia betul mengatasi SEMUA telefon pintar?
Oleh yang demikian, kami di sini ada membuat analisis untuk peranti Samsung S24 Ultra, telefon paling berkuasa dalam sirinya itu bagi memberikan anda gambaran sebenar akan keupayaannya yang kerap diperbesarkan oleh sebahagian pihak.
Spesifikasi
[specs]
Cip: Snapdragon 8 Gen 3
Memori: 12GB RAM
Storan: Sehingga 1TB
Sistem Operasi: One UI 6.1
Skrin: Dynamic AMOLED, QHD+, 6.8 inci, 120Hz, Corning Gorilla Glass Armor
Kamera: 200MP lebar, 50MP telefoto, 12MP ultra lebar
Kamera Swafoto: 12MP lebar
Bateri: 5,000mAh, pengecasan berwayar 45W
Lain-lain: USB 3.2 Gen 1, Wi-Fi 7, 5G, Bluetooth 5.3
[/specs]
{suggest}
Reka Bentuk
Rupa bentuk luarannya terbukti sama seperti Samsung S23 Ultra, cuma S24 Ultra mempunyai bentuk yang seperti kotak serta panel depan dan belakang yang betul-betul rata.
Selain itu, kami berpendapat yang bahan titanium untuk bingkai Samsung S24 Ultra ini tidak bertujuan untuk meringankannya kerana berat S23 Ultra lebih ringan daripadanya.
Hal ini telah pun terbukti apabila JerryRig mendedahkan gred titanium yang digunakannya adalah gred 2 iaitu lebih rendah berbanding siri iPhone 15 Pro yang menggunakan titanium gred 5.
Bagi anda yang tidak tahu akan perkara ini, syarikat Apple telah mendakwa bahawa kualiti titanium yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan iPhone 15 Pro adalah kualiti yang sama untuk kegunaan projek-projek di Marikh.
Daripada kenyataan ini, kami simpulkan yang syarikat Samsung hanya mahu mengikuti trend telefon terkini sahaja.
Namun, bahan titanium masih lagi mempunyai ketahanan lebih baik apabila digunakan pada Galaxy S24 Ultra berbanding model terdahulu.
Prestasi
Sepanjang pengalaman menggunakan Samsung S24 Ultra ini, kami dapati ia tidak mengalami sebarang masalah dalam melakukan tugasan harian seperti melayari media sosial dan tontonan video. Sudah semestinya untuk permainan mudah alih juga.
Sepanjang pengalaman menggunakan Samsung S24 Ultra ini, kami dapati ia tidak mengalami sebarang masalah dalam melaksanakan tugasan harian seperti melayari media sosial dan tontonan video. Sudah semestinya untuk permainan mudah alih juga.
Oleh yang demikian, kami juga berpendapat yang S24 Ultra ini paling sesuai untuk digunakan oleh golongan individu yang berumur dalam lingkungan 28 tahun ke atas serta yang bekerja di pejabat ataupun pekerjaan indoor yang lain.
Untuk penggunaan gaming pula, permainan asas seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile itu semestinya boleh dilancarkan dan dimainkan dengan baik cuma anda akan merasakan kenaikan suhu yang suam-suam di bahagian sisi tepi kameranya kerana di situlah cip pemprosesan ditempatkan. Hal ini terjadi apabila telefon ini tidak dipakaikan dengan sebarang selongsong.
Selain itu, penggunaan baterinya pula kami boleh kelaskan ia sebagai antara yang bagus kerana ia hanya memakan sebanyak 65 peratus sahaja daripada status bateri penuh sepanjang seharian tempoh penggunaan yang ringan seperti menonton video dan melayari media sosial.
Selain itu, bagi anda yang sudah biasa dengan peranti jenama Samsung, penggunaan mod skrin Vivid semestinya bukan perkara yang asing lagi.
Kepada yang tidak arif, skrin Vivid adalah satu mod paparan yang berperanan dalam menyelaraskan penggunaan warna dan kualiti sesuatu paparan peranti itu.
Namun begitu, penggunaan skrin Vivid ini pada S24 Ultra kelihatan terserlah bahawa kualitinya tidak setanding dengan S23 Ultra malah lagi rendah.
Perkara ini juga didapati telah dibangkitkan oleh komuniti pengguna peranti Samsung global yang menunjukkan bahawa mereka juga cakna akan perubahan ini.
Menurut Samsung, ia bukanlah masalah perisian tetapi ia memang disengajakan kerana Samsung mengatakan mahu menjadikan skrinnya lebih kepada warna semula jadi. Bagaimanapun, masalah tersebut diselesaikan dengan penawaran kemas kini baharu.
Walau apapun, kami ingin memuji kualiti pelindung skrin yang ditawarkan untuk S24 Ultra ini, iaitu Corning Gorilla Glass Armor kerana mampu mengurangkan pantulan cahaya sebanyak 70 peratus. Ia bukanlah gimik dan memang memberangsangkan.
Ciri ini sebenarnya adalah sesuatu perkara yang sangat bagus untuk diterapkan oleh setiap produk telefon pintar kerana ia akan memudahkan mereka yang menggunakannya di bawah cahaya lampu ataupun di bawah cahaya matahari.
Tapi ingat, “fungsinya” akan terhapus jika anda menggunakan pelindung skrin kaca bajaan (tempered glass) atau pelindung skrin filem yang bukan daripada Samsung.
Kamera
Untuk topik kamera ini, kami berasa sedikit kecewa dengan apa yang ditawarkan terutama sekali sewaktu penukaran kamera utama kepada mod lain seperti mod ultra lebar ataupun ataupun mod telefoto.
Hal ini kerana kedudukan objek semasa penukaran mod dilakukan membuatkannya tidak tetap pada satu kedudukan.
Diikuti dengan penerapan kromatik dan purple fringing yang kurang kemas pada lensa telefoto serta keupayaan zum masuknya pada tetapan 30 kali yang kurang memberansangkan dari segi mengekalkan butiran sesuatu gambar itu.
Perkara lain seperti color science, kami nampak yang S24 Ultra ini menghasilkan kualiti gambar dengan warna yang agak ‘lari’ sedikit daripada pandangan mata kasar.
Hasil gambar daripada mod potret pula boleh kami katakan yang ia boleh diterima pakai kerana warna kontras dan tona kulit yang kelihatan agak ‘pekat’ serta kemas dari segi lining.
Bagi kualiti bokeh digital ataupun kualiti pengaburan untuk kamera S24 Ultra ini, ia masih lagi belum menepati cita rasa kami kerana ia belum mampu untuk menampilkan hasil gambar bokeh yang seakan-akan kamera sebenar. Hal itu anda tidak perlu risau kerana ia tetap nampak kemas.
Selain itu, kami juga perasan yang lensa telefoto S24 Ultra ini sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk menajamkan fokus bagi setiap imej yang diambil.
Apa-apapun, kami simpulkan bahawa kualiti gambar daripada kamera telefoto S23 Ultra lebih baik daripada kamera telefoto S24 Ultra dari segi ketajaman atau kejelasan gambar untuk zum 30 kali.
Walau bagaimanapun, kualiti sesuatu gambar itu adalah bergantung kepada perspektif masing-masing.
Selepas Samsung terima banyak komen-komen negatif daripada komuniti mereka seperti di X, Reddit dan lain-lain, info tentang kemas kini perisian kamera bagi memperbaiki kelemahan kamera telefoto dan purple fringing ini dikatakan akan menyelesaikan masalah tersebut.
*perlu diingatkan, semua gambar yang diambil menggunakan Galaxy S24 Ultra daripada kami adalah sebelum kemas kini terbaru dilancarkan
Dalam pada itu, jarak fokus yang ditawarkan oleh S24 Ultra sangat berbeza daripada S23 Ultra yang mana imej tangkapannya lebih meluas.
Lagi satu, kami perasan yang S24 Ultra ini tidak menampilkan paparan kadar bingkai penuh setara (equivalence full frame) apabila kita mahu menangkap gambar pada tetapan jarak fokus.
Apabila dibandingkan dengan S23 Ultra, kami dapati kadar untuk mengukur jarak fokus itu juga berbeza dan tidak konsisten.
Masuk kepada mod kamera biasa pada tetapan 200MP, gambar yang dihasilkan adalah kurang memuaskan dari segi tona kulit dan imej lossless.
Daripada apa yang telah kami rungkai ini, kami harap pihak Samsung akan cepat mengambil tindakan tentang masalah ini.
Tambahan lagi, kami telah membuat satu ujian blind test dari sudut kamera yang semestinya melibatkan Samsung S24 Ultra, vivo X100 Pro, iPhone 15 Pro dan Pixel 7a.
Keputusan yang kami dapat daripada pemerhatian rakyat Malaysia terhadap gambar di atas dari dua platform media sosial iaitu Instagram dan X adalah sangat berbeza.
Warga X memilih gambar dari vivo X100 Pro sebagai pemenang blind test ini namun warga Instagram memilih Samsung S24 Ultra.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami akan memberikan anda jawapan kepada persoalan sedemikian.
‘Adakah berbaloi untuk naik taraf ke Samsung S24 Ultra yang berharga bermula RM6,299?’
Jawapan yang akan kami berikan kepada anda adalah TIDAK.
Hal ini telah diperhatikan serta dikaji oleh kami sendiri yang mana ia merangkumi beberapa aspek atau kekurangan besar bagi sebuah peranti yang dianggap terbaik untuk permulaan tahun 2024.
Antaranya adalah permasalahan kamera yang paling jelas dan diikutkan kualiti gambar di antara S23 Ultra dan S24 Ultra tidak ketara.
Kedua, Samsung S24 Ultra ini tidak mempunyai sebarang perubahan yang besar dari segi reka bentuk luaran apabila dibandingkan secara kasar dengan Samsung S23 Ultra.
Akhir sekali, keupayaan kecerdasan buatan terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy AI.
Untuk bab ini, kami pasti anda diluar sana telah pun dihebohkan dengan pemberitahuan bahawa Galaxy AI ini bakal memasuki fasa langganan sama seperti teknologi kecerdasan buatan yang lain iaitu ChatGPT dan Gemini setelah tamat tahun 2025.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ini juga telah menjadi buah mulut para leakers yang mana syarikat Apple bakal menerapkan teknologi ini ke peranti iPhone mereka untuk kemas kini iOS 18.
Bagaimanapun, kelebihan lain seperti penggunaan skrin terbaru daripada Corning, paparan jenis rata serta sokongan kemas kini sehingga 7 tahun sangatlah baik.
Maka, berbalik pada persoalan awal tadi, ia TIDAK berbaloi untuk dinaik taraf jika anda datang daripada S23 Ultra.
Akan tetapi, jika anda mahukan sebuah telefon Android yang seimbang prestasinya dan terbaik (ciri, prestasi, perisian), Galaxy S24 Ultra ini adalah untuk anda.
Beli Samsung Galaxy S24 Ultra di Shopee – https://invl.io/clktq7o
Beli Samsung Galaxy S24 Ultra di Lazada – https://invol.co/clktq89