Seperti yang anda baca pada tajuk, ini adalah jawapan kepada ujian perbandingan kamera telefon yang dilakukan di platform Facebook, Instagram dan X Wiser MY.
Tujuan utama ujian perbandingan ini dibuat, bukanlah mahu mencari siapa pemenang atau telefon manakah yang mempunyai kamera terbaik pada tahun 2024.
Sebaliknya, ia hanyalah untuk mengetahui sejauh mana anda sebagai pengguna memilih hasil gambar yang diberi tanpa diberitahu jenama telefon yang terlibat dalam sesi ujian tersebut.
Ini kerana, sekiranya nama peranti sudah disebut awal-awal dan hasil gambar disusun secara rawak sekali pun, ujian ini secara tidak langsung kurang tepat memandangkan akan ada unsur-unsur berat sebelah atau bias terhadap sesebuah jenama telefon pintar.
Sebagai permulaan tahun 2024, ujian ini dilakukan seringkas boleh, yang mana empat model telefon dipilih untuk mengambil gambar potret dan gambar pada waktu siang.
Jadi, secara keseluruhan, terdapat 8 gambar sahaja. Berikut adalah gambarnya.
Mod Potret
Disebabkan artikel ini bukanlah untuk menguji anda kembali tetapi jawapan yang anda cari, saya kongsikan jawapan di bawah:
- Gambar 1 – iPhone 15 Pro
- Gambar 2 – Google Pixel 7a
- Gambar 3 – Samsung Galaxy S24 Ultra
- Gambar 4 – vivo X100 Pro
Mungkin ada yang tertanya, kenapa ada peranti kelas pertengahan Google Pixel 7a di situ. Sebenarnya, saya sengaja berbuat demikian untuk membuat “sedikit gangguan”.
Semasa ujian awal dilakukan di X, ramai yang teka dengan betul bagi gambar iPhone 15 Pro. Tidak pelik ia berlaku kerana identiti gambar iPhone memang sebegitu.
Dari segi pemilihan gambar, tiga platform kami memberikan jawapan berbeza. Sebagai contoh, di X rata-rata memilih vivo X100 Pro dan diikuti rapat iPhone 15 Pro.
Sementara Instagram, mereka cenderung memilih Samsung Galaxy S24 Ultra dan vivo X100 Pro nombor dua.
Akhir sekali Facebook, mereka memilih iPhone 15 Pro dan diikuti vivo X100 Pro. Namun di Facebook, saya anggap datanya sedikit kurang tepat memandangkan saya tidak boleh membuat undian di ruangan komen.
Tetapi sebagai gambaran, gambar dari iPhone 15 Pro dan vivo X100 Pro menjadi pilihan.
{suggest}
Mod siang
Untuk gambar siang ini pula, ia hanyalah selingan sahaja. Semasa gambar diambil pun, cuaca tidak begitu baik tetapi perbezaan pada kesemua gambar masih lagi boleh dilihat.
Contohnya, anda boleh lihat pada lantai pejalan kaki serta perincian pada daun pokok dan langit.
Jawapan masih sama, ini perantinya:
- Gambar 1 – iPhone 15 Pro
- Gambar 2 – Google Pixel 7a
- Gambar 3 – Samsung Galaxy S24 Ultra
- Gambar 4 – vivo X100 Pro
Kalau dilihat, gambar daripada iPhone memang kelihatan warm berbanding peranti Samsung, vivo dan Google.
Walau apa pun, pada pendapat saya kesemuanya adalah cita rasa dan pilihan masing-masing.
Beli telefon yang diuji di sini.
- Beli Samsung Galaxy S24 Ultra di Shopee – https://invl.io/clkpkeb
- Beli Samsung Galaxy S24 Ultra di Lazada – https://invol.co/clkpkeh
-
Beli iPhone 15 Pro di Shopee – https://invl.io/clkpkgm
-
Beli iPhone 15 Pro di Lazada – https://invol.co/clkpkgu
- Beli vivo X100 Pro di Shopee – https://invl.io/clkpl3d
- Beli vivo X100 Pro di Lazada – https://invol.co/clkpl3k
Kesimpulan
Berdasarkan ujian perbandingan kamera ini, ia sedikit sebanyak dapat mengetahui kecenderungan hasil gambar pengikut Wiser MY.
Ujian yang saya lakukan ini hanyalah ringkas dan belum cukup terperinci lagi. Namun, jangan risau, kita akan lakukan ujian sebegini nanti pada masa hadapan.
Sebelum itu, anda juga boleh nantikan ulasan penuh Samsung Galaxy S24 Ultra di saluran rasmi YouTube kami.
Anda turut boleh dengarkan sesi audio siar Ngeteh yang ada membincangkan tentang evolusi kamera telefon pintar di YouTube Wiser MY.