Seperti yang anda telah cakna, sistem perisian dalaman untuk peranti berjenama Xiaomi telah memasuki fasa baharu daripada MIUI 14 ke HyperOS yang telah mula ditawarkan untuk beberapa perantinya pada bulan Oktober 2023 yang lepas.
Pada mulanya, HyperOS ini dikatakan tersedia untuk barisan telefon pintar siri Xiaomi 13 dan siri peranti Xiaomi yang seterusnya seperti siri Xiaomi 14 yang dilapor akan mula dilancarkan secara global pada 25 Februari 2024 ketika acara MWC (Mobile World Congress) berlangsung.
Ini adalah senarai terkini bagi peranti Xiaomi yang menerima kemas kini HyperOS.
- Xiaomi 13
- Xiaomi 13 Pro
- Xiaomi 13 Ultra
- Xiaomi 13T Pro
- Xiaomi 13T
- Xiaomi 12T Pro
- Xiaomi 12T
- Xiaomi 12S Ultra
- Xiaomi 12S Pro
- Xiaomi 12S
- Xiaomi 12 Pro Dimnesity Edition
- Xiaomi 12
- Xiaomi 11T
- Xiaomi Pad 6
- Xiaomi Pad 5 Pro 12.4
- Redmi K50 Ultra
- Redmi K50 Gaming Edition
- Redmi K50 Pro
- Redmi K50
{suggest}
Bagi anda yang masih tertanya-tanya tentang rupa baharu sistem pengendalian peranti Xiaomi yang menerima kemas kini HyperOS ini, ia akan dikupas dan dibahaskan dalam artikel ini berdasarkan pengalaman penggunaannya selama satu bulan.
Pusat Kawalan (Control Center)
Antara perkara yang jelas terlihat tentang pembaharuan sistem pengendalian HyperOS ini bermula dengan pusat kawalannya yang mana boleh aksesnya secara tatal ke bawah dari bahagian atas kanan.
Manakala, apabila pengguna tatal jari ke bawah dari bahagian atas kiri, paparan notifikasi pemberitahuan akan tersenarai.
Dalam pada itu, reka bentuk ikon akses tetapan bagi pusat kawalan HyperOS ini juga telah menerapkan penggunaan logo ikon secara sepenuhnya tanpa kapsyen tetapan serta membuatkannya nampak lebih kemas.
Templat Hias Latar
Bahagian seterusnya adalah satu penambahbaikan dari sudut kecantikan dalaman untuk skrin kunci sesuatu peranti Xiaomi itu di mana pelbagai templat hias latar telah disediakan dan ciri ini tidak ada untuk MIUI 14.
Templatnya pula terdiri dalam tiga jenis kategori iaitu Classic, Rhombus dan Magazine.
Ia juga dilengkapi dengan tetapan kesan yang boleh diubah mengikut minat seseorang individu itu seperti video di bawah.
Edit Foto (Gallery AI)
Untuk bahagian ini, anda akan dapati satu ciri kecerdasan buatan yang seakan-akan Samsung Galaxy AI dalam aplikasi Gallery yang mana ia mampu untuk memadam sesuatu objek dalam gambar itu dengan hanya membulatkannya sahaja.
Pada pendapat saya, ciri ini tidak terlalu berkesan untuk digunakan kerana kesan garisan atau kesatan memadam objek itu sangat jelas kelihatan dengan mata kasar seperti melihat gambar yang cacat dan tidak bersih.
Gerak Isyarat Pintas
Pembaharuan yang seterusnya akan merangkumi perkara-perkara asas yang sering dilakukan oleh seseorang pengguna peranti mudah alih itu seperti tangkap layar, membuka kamera dari keadaan telefon sedang dimatikan dan lain-lain.
Gerak isyarat pintas seperti di atas adalah antara yang ditawarkan untuk HyperOS ini.
Ia terdiri daripada tangkap layar dengan gerak isyarat tiga jari ditatal ke bawah atau butang kuasa serta butang perlahankan suara ditekan serentak. Tangkap layar separa juga boleh dilakukan dengan tekan skrin secara lama menggunakan tiga jari.
Dalam pada itu, pengguna juga boleh menghidupkan lampu suluh dengan tekan butang kuasa sebanyak dua kali dan tekan butang perlahankan suara sebanyak dua kali untuk membuka kamera dengan segera.
Status Penggunaan Bateri
Pada pandangan saya, ciri ini merupakan satu kaedah yang bagus untuk diterapkan dalam perisian HyperOS.
Hal ini kerana penanda aras seperti ini mampu memberikan gambaran kepada mereka yang sering bertanyakan tentang aplikasi-aplikasi yang menggunakan bateri dalam kadar yang tinggi.
Secara kesimpulannya, kalau anda adalah seorang individu yang mengharapkan perubahan dari segi antara muka bagi HyperOS ini, rasa tawar hati itu mungkin akan terserlah di raut muka anda kerana kebanyakan pembaharuannya hanya ditekankan dari sudut cara penggunaan dan cara penjagaan peranti sahaja.
Walau bagaimanpun, ia adalah satu penambahbaikan yang bagus daripada pihak Xiaomi yang mana memberikan kelainan dari sudut kemudahan cara penggunaan serta wajar untuk digunakan oleh setiap penggunanya.
Beli produk Xiaomi di:-
Shopee – https://invl.io/clkrk86
Lazada – https://invol.co/clkrk8a